What we stand for

G25 is committed to pursue a just, democratic, peaceful, tolerant, harmonious, moderate and progressive multi-racial, multi cultural, multi religious Malaysia through Islamic principles of Wassatiyah (moderation) and Maqasid Syariah (well-being of the people) that affirms justice, compassion, mercy, equity.

Malaysia is to be led by rule of law, good governance, respect for human rights and upholding the institution of the country.

We aim to ensure, raise awareness, promote that Syariah laws and civil laws should work in harmony and that the Syariah laws are used within its legal jurisdiction and limits as provided for by the federal and state division of powers.

There should be rational dialogues to inform people on how Islam is used for public law and policy that effects the multi ethnic and multi religious Malaysia and within the confines of the Federal Constitution, the supreme law of the nation.

We work in a consultative committee of experts to advise the government and facilitate amendments to the state Syariah laws, to align to the Federal Constitution and the spirit of Rukun Negara.

It is imperative to achieve a politically stable, economically progressive Malaysia and to be able to enjoy the harmony, tolerance, understanding and cooperation in this multi diverse country.

Sambutan Hari Merdeka Yang ke 65



Kami dari G25 berganding bahu bersama rakyat Malaysia dalam meraikan Ulang Tahun Hari Kemerdekaan Malaysia yang Ke-65 pada 31 Ogos 2022 ini. Rakyat Malaysia amat untung dikurniakan negara maju yang berkembang pesat selama ini. Sebagai sebuah negara yang merdeka, pelbagai kaum dapat menikmati keamanan dan kemakmuran yang diusahakan dari kerjasama erat dari pihak kerajaan, sektor swasta dan dari semua lapisan masyarakat.


Kita amat bersyukur dengan pencapaian negara selama ini, tetapi kita juga harus berwaspada menghadapi pelbagai cabaran di masa hadapan. Selama dua tahun bergelut dengan pandemik Covid 19. G25 ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dengan perasaan teruja di atas segala pengorbanan dan tenaga yang telah diraihkan, terutamanya kepada barisan perkhidmatan kesihatan dan perubatan, doktor dan jururawat, polis dan tentera dan semua kumpulan dan organisasi sukarelawan awam dan swasta yang gigih menyelamatkan negara kita dari bencana ekonomi dan kemanusiaan.


Negara kita berjaya mengharungi pandemik tersebut. Kini kita kembali ke arah pemulihan ekonomi yang dijangka akan meningkatkan kemajuan dalam membekalkan peluang pekerjaan dan pendapatan, justeru memantapkan lagi taraf dan kualiti kehidupan.


Mereka yang bekerja sendiri, yang mengalami kehilangan pendapatan semasa pandemik dan yang telah ditimpa kerugian harta benda semasa bencana banjir lepas, kini berpeluang untuk membina semula kehidupan mereka.

Dalam mengukuhkan ekonomi untuk kemakmuran, Malaysia mempunyai kelebihan dari segi keharmonian kepelbagaian kaum, budaya dan dinamisma yang mampu melonjakkan taraf negara kepada sebuah negara maju dalam masa yang terdekat.


Sungguhpun begitu, kita tidak boleh ambil mudah dengan kejayaan dan kemajuan yang telah dicapai. Sebaliknya, kita perlu was-was dengan segelintir mereka yang mahu memecahkan-belahkan perpaduan kaum yang telah dibina sekian lama. Merekalah penunggang kaum dan agama yang nekad untuk mencapai matlamat peribadi mereka tanpa sesal menggadaikan keamanan dan kebahagiaan negara dalam keangkuhan mereka.


Kami di G25 yakin, cara terbaik untuk mengatasi unsur pemecah-belahan kaum yang mengancam keamanan negara, adalah untuk mengukuhkan dan mentransformasikan institusi-institusi untuk mempertingkat mutu pentadbiran sistem demokrasi, undang-undang dan pemerintahan negara. Sistem pentadbiran harus telus, berintegriti dan bertanggungjawab, berlandaskan prinsip-prinsip di bawah peruntukkan Perlembagaan Persekutuan, agar ia berfungsi untuk memelihara hak-hak dan kebebasan rakyat tanpa mengira kaum, agama dan jantina.


Kami di G25 terdorong untuk memastikan momentum transformasi tersebut semakin bersemarak dibangkitkan oleh parti-parti politik dan kumpulan-kumpulan masyarakat sivil. Dengan adanya transformasi sebegini, kita pasti akan melihat perkembangan dan kemajuan dalam menangani isu isu keadilan dan kebebasan sivil termasuk isu diskriminasi terhadap kaum, agama dan jantina.


Kami yakin yang pilihanraya akan datang, akan muncul calon yang menjuarakan isu untuk mentransformasikan institusi dalam kempen mereka daripada membahaskan isu-isu sumbangan calon itu di daerah pemilihan mereka.

Kini, lebih ramai golongan belia yang berkelayakan untuk mengundi. Disebabkan kemajuan sosial dan ekonomi negara kita yang pesat berkembang semenjak dari tarikh Kemerdekaan pada 1957, kini terdapat sebuah generasi muda yang terdiri daripada pelbagai kaum yang berfikiran progresif, yang mana juga mampu menjana pendapatan daripada tempat-tempat kerja serta menjalani kehidupan seharian mereka dibawah satu negara dan bangsa. Mereka ini lebih berminat dengan isu pendidikan, latihan dan peluang-peluang pekerjaan untuk meningkatkan dayadiri dalam sektor ekonomi moden dan peringkat global. Merekalah aset terbesar yang berdaya menyumbang untuk menyemarakkan sebuah negara yang bersatu.


Hidup Malaysia. MERDEKA