What we stand for

G25 is committed to pursue a just, democratic, peaceful, tolerant, harmonious, moderate and progressive multi-racial, multi cultural, multi religious Malaysia through Islamic principles of Wassatiyah (moderation) and Maqasid Syariah (well-being of the people) that affirms justice, compassion, mercy, equity.

Malaysia is to be led by rule of law, good governance, respect for human rights and upholding the institution of the country.

We aim to ensure, raise awareness, promote that Syariah laws and civil laws should work in harmony and that the Syariah laws are used within its legal jurisdiction and limits as provided for by the federal and state division of powers.

There should be rational dialogues to inform people on how Islam is used for public law and policy that effects the multi ethnic and multi religious Malaysia and within the confines of the Federal Constitution, the supreme law of the nation.

We work in a consultative committee of experts to advise the government and facilitate amendments to the state Syariah laws, to align to the Federal Constitution and the spirit of Rukun Negara.

It is imperative to achieve a politically stable, economically progressive Malaysia and to be able to enjoy the harmony, tolerance, understanding and cooperation in this multi diverse country.

PRU 15 - Naikkan kadar pencalonan wanita di Parlimen dan DUN


Naikkan kadar pencalonan wanita di Parlimen dan DUN G25 berhasrat untuk melihat lebih ramai lagi wanita dicalonkan untuk bertanding di dalam parti-parti politik di dalam PRU15 di semua peringkat di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri. Ini akan meningkatkan peratusan wanita di badan perundangan persekutuan dan negeri, mencerminkan perwakilan yang lebih adil bagi golongan wanita, di institusi tertinggi kerajaan. Memandangkan Malaysia berada di bawah trend dunia dalam aspek perwakilan seimbang di dalam koridor kuasa, semua parti politik perlu mencalonkan lebih ramai calon wanita untuk pilihan raya, selari dengan negara-negara lain di rantau ini.


Malaysia pantas memacu ke ekonomi perindustrian moden. Kini, perkhidmatan sektor profesional kian menjadi lebih penting, terutamanya di kawasan bandar. Wanita lebih cemerlang dalam pencapaian akademik di institusi pengajian tinggi dengan kadar graduan yang lebih tinggi berbanding lelaki, dan semakin berkelayakan di dalam sektor profesional. Kebanyakan guru adalah wanita dan ramai pegawai wanita dalam perkhidmatan awam dan jabatan profesional terbukti mampu memegang jawatan tertinggi seperti Ketua Setiausaha dan Ketua Pengarah bahagian Kerajaan serta Ketua Pegawai Eksekutif sektor swasta. Wanita kini jelas lebih maju dalam kerjaya masing-masing. Oleh itu, wanita perlu diwakili dengan adil di parlimen dan di dalam kabinet supaya golongan ini dapat memainkan peranan yang lebih besar dalam semua aspek pembangunan negara.


Kami sedar masalah yang dihadapi umum tidak wajar dikotakkan khas untuk wanita dan lelaki. Walaubagaimanapun, masalah wanita juga berkenaan isu-isu nasional yang menyentuh aspek kemajuan dan agihan. Dengan itu, Ahli Parlimen lelaki sama juga harus menangani masalah yang dihadapi wanita. Akan tetapi, Ahli Parlimen wanita yang lebih erat perhubungan mereka dengan golongan wanita di peringkat akar umbi akan memberi impak yang tinggi apabila membawa usul dan cadangan di peringkat atasan bagi tujuan perubahan dasar. Bencana alam seperti banjir memberi kesan besar kepada kaum ibu dan anak perempuan yang kurang berkemampuan, yang terpaksa bergantung dengan mencari sara hidup tambahan bagi menampung pendapatan keluarga. Mereka menjaja barangan dan makanan di pasar siang atau malam atau gerai tepi jalan demi kehidupan. Apabila bencana seperti banjir berlaku, mereka tidak dapat menjana pendapatan sampingan itu. Isu kerosakan alam sekitar akibat pembalakan yang tidak bertanggungjawab, saliran tersumbat, penyelenggaraan kemudahan awam yang lemah, akan menjadi masalah berkeutamaan tinggi demi melindungi golongan ini.


Walaupun ada Ahli Parlimen wanita yang gagah membangkitkan isu-isu ini, impaknya lebih besar apabila lebih ramai lagi wanita sebagai Ahli Parlimen memperjuangkan isu alam sekitar yang mengakibatkan kemerosotan ekonomi kaum wanita seperti ini. Ahli Parlimen wanita perlu bersama dalam usaha sejagat membidas mereka yang cuai dan tamak mengkayakan diri mereka sendiri, yang langsung tidak peduli soal bencana alam sekitar dan kerakusan perbuatan mereka itu memberi kesan mata pencarian golongan terpinggir.


Di kebanyakan negara Islam, wanita sering didiskriminasi kerana memilih gaya hidup tersendiri, mereka didesak menuruti nilai moral yang dirangka kononnya untuk melindungi mereka dari pengaruh budaya barat terutamanya dalam berpakaian, muzik, dan perhimpunan sosial. Kini jelas ramai dari kalangan Ahli Politik lelaki konservatif yang muncul dalam arena politik Malaysia. Mereka memaksa pandangan tanpa peka kepada undang-undang di Malaysia.


Kita memerlukan lebih ramai penggubal undang-undang dari kalangan Ahli Parlimen wanita yang boleh membangkitkan isu dengan perdebatan intelek mempersoalkan kumpulan konservatif ini, kerana usaha puak konservatif ini langsung tidak ada impak untuk kemajuan ekonomi atau progresif dalam mana-mana aspek. Malah usaha mereka ini boleh membantutkan ekonomi kerana ia boleh mengakibatkan ‘brain drain’ dan menjauhkan tarikan pelabur asing. Dilihat dari contoh negara jiran ASEAN kita, pemimpin wanita memegang kuasa untuk melindungi hak asasi dan kebebasan rakyat daripada segala bentuk diskriminasi.


Malaysia menandatangani “Sustainable Development Goals“ (SDG) atau Matlamat Pembangunan Mampan dan meratifikasikan Konvensyen Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita (CEDAW) yang ditetapkan oleh Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB). Kesamarataan gender yang menekankan prinsip kesamarataan antara lelaki dan wanita dalam aspek politik, ekonomi dan kesihatan adalah satu keutamaan tinggi di dalam agenda kedua-dua perjanjian PBB ini. Ia bertujuan membangunkan segenap masyarakat dan negara, terutamanya kaum wanita yang ternyata jauh ketinggalan dari sektor politik dan ekonomi. Perwakilan wanita di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) perlu dilaksanakan dan diperkasakan. Kerajaan harus komited bagi memastikan peruntukan perjanjian PBB dilaksanakan demi kemajuan negara.



G25 Malaysia
 Tarikh: 26 Oktober 2022