top of page

What we stand for

G25 is committed to pursue a just, democratic, peaceful, tolerant, harmonious, moderate and progressive multi-racial, multi cultural, multi religious Malaysia through Islamic principles of Wassatiyah (moderation) and Maqasid Syariah (well-being of the people) that affirms justice, compassion, mercy, equity.

Malaysia is to be led by rule of law, good governance, respect for human rights and upholding the institution of the country.

We aim to ensure, raise awareness, promote that Syariah laws and civil laws should work in harmony and that the Syariah laws are used within its legal jurisdiction and limits as provided for by the federal and state division of powers.

There should be rational dialogues to inform people on how Islam is used for public law and policy that effects the multi ethnic and multi religious Malaysia and within the confines of the Federal Constitution, the supreme law of the nation.

We work in a consultative committee of experts to advise the government and facilitate amendments to the state Syariah laws, to align to the Federal Constitution and the spirit of Rukun Negara.

It is imperative to achieve a politically stable, economically progressive Malaysia and to be able to enjoy the harmony, tolerance, understanding and cooperation in this multi diverse country.

Pendanaan politik


Kewujudan penyalahgunaan kuasa dan kedudukan oleh beberapa para pemimpin negara berprofil tinggi untuk mendapatkan dana bagi parti politik mereka sudah menjadi pengetahuan umum dan tidak dapat dinafikan lagi. Maka, amat penting bagi akta pembiayaan politik diluluskan oleh Parlimen dalam persidangannya pada bulan Julai tahun ini. Langkah ini akan dapat memastikan pilihanraya umum di peringkat kebangsaan dan negeri yang akan datang terlaksana secara bersih. Sumber dana daripada luar negara perlu diharamkan. Syarikat kaitan kerajaan (GLC) hendaklah dilarang memberi derma politik, dan setiap akaun kewangan parti politik mesti diaudit dan diuruskan secara telus. Hendaklah diletakkan had ke atas jumlah wang derma yang boleh diterima oleh seseorang calon individu, manakala mestilah diujudkan sebuah agensi bebas untuk menguatkuasakan akta pembiayaan politik. Tidak perlu ditubuhkan sebuah suruhanjaya baharu, kerana kami percaya Suruhanjaya Pilihanraya dapat diperkasakan agar bukan sahaja merupakan sebuah badan untuk mengendalikan pilihanraya tetapi juga berkuasa mengawal selia derma yang diterima oleh calon-calon pililhanraya dan parti-parti politik.


Pembentangan Rang Undang-Undang yang perlu hendaklah dilakukan pada bulan Julai ini juga. Kami berharap tidak akan ada lagi cubaan untuk melengah lengahkan pelaksanaan perkara ini.

Rakyat Malaysia tidak naif. Mereka tahu dan sedar bahawa dengan berselindung di sebalik istilah ‘derma politik’, tokoh-tokoh politik kita yang tertinggi turut menggunakan wang derma yang diperolehi itu untuk mengkayakan diri mereka sendiri dan juga ahli-ahli keluarga mereka.


Kami di G25 menolak percubaan PAS untuk menutup keburukan sumbangan wang politik dengan alasan bahawa ia dibenarkan dalam Islam jika dilakukan secara sukarela antara pemberi dan penerima. Kita tidak dapat menerima hujah yang sebegitu cetek, tatkala rakyat Malaysia yang terdidik sekarang menjadi semakin gusar kerana sumbangan wang politik telah merupakan punca segala maksiat yang berlaku dalam negara kita. Janganlah PAS memperalatkan agama Islam untuk meraih keuntungan politik.


G25 ingin mengingatkan Perdana Menteri bahawa pada tahun lepas beliau telah menandatangani satu Memorandum Persefahaman Transformasi dan Kestabilan Politik dengan pembangkang berkenaan dengan beberapa transformasi institusi yang penting, termasuk transformasi bagi pendanaan politik, sebagai salah satu janji untuk mengangkat martabat Malaysia sebagai sebuah negara yang mempunyai standard integriti, kemoralan politik dan tadbir urus yang tinggi. Dengan mengotakan janji yang telah dimeterai melalui Perjanjian Persefahaman tersebut, Perdana Menteri akan dapat memulihkan sentimen rakyat serta mengembalikan keyakinan terhadap masa depan Malaysia sebagai sebuah negara demokrasi yang dihormati, yang rakyatnya hidup dalam keadaan yang aman, bahagia dan makmur.


Majoriti




bottom of page