top of page

What we stand for

G25 is committed to pursue a just, democratic, peaceful, tolerant, harmonious, moderate and progressive multi-racial, multi cultural, multi religious Malaysia through Islamic principles of Wassatiyah (moderation) and Maqasid Syariah (well-being of the people) that affirms justice, compassion, mercy, equity.

Malaysia is to be led by rule of law, good governance, respect for human rights and upholding the institution of the country.

We aim to ensure, raise awareness, promote that Syariah laws and civil laws should work in harmony and that the Syariah laws are used within its legal jurisdiction and limits as provided for by the federal and state division of powers.

There should be rational dialogues to inform people on how Islam is used for public law and policy that effects the multi ethnic and multi religious Malaysia and within the confines of the Federal Constitution, the supreme law of the nation.

We work in a consultative committee of experts to advise the government and facilitate amendments to the state Syariah laws, to align to the Federal Constitution and the spirit of Rukun Negara.

It is imperative to achieve a politically stable, economically progressive Malaysia and to be able to enjoy the harmony, tolerance, understanding and cooperation in this multi diverse country.

Imigresen: Tingkah Laku Ketua Pengarah Penjawat Awam (KPPA)



Kami, ahli-ahli G25, yang terdiri dari bekas penjawat awam kanan, mengambil berat dan sangat prihatin dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Kesatuan Perkhidmatan Imigresen Semenanjung Malaysia (KPISM) yang mengandungi dakwaan terhadap Ketua Pengarah Penjawat Awam (KPPA), salah seorang dari tiga penjawat awam yang tertinggi dalam negara.


KPISM mendakwa bahawa seorang pegawainya yang bertugas di KLIA telah menerima layanan buruk di ruang istirehat VIP, apabila beliau ditengking di khalayak ramai. Perlakuan KPPA tersebut disifatkan sebagai keterlaluan dengan kata-kata kesat yang mengaibkan. Menurut dakwaan tersebut, KPPA menjadi berang apabila ruang istirehat VIP tidak dibuka semasa ketibaannya di KLIA.


Orang ramai berhak untuk mengetahui fakta sebenar tentang dakwaan ini kerana ia melibatkan imej perkhidmatan awam, terutamanya, Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik, cawangan perkhidmatan awam yang kanan.


Kami di G25 dengan hormatnya menyeru Suruhanjaya Perkhidmatan Awam untuk menubuh serta mewakilkan sebuah jawatankuasa penyiasatan, berdasarkan peruntukan di bawah Klausa (6) Perkara 144 Perlembagaan Persekutuan, bagi menentukan apa yang sebenarnya telah berlaku di Ruang Istirehat VIP itu; sama ada KPPA telah bersikap keterlaluan dan biadap ketika menuduh pegawai Imigresen berkenaan lalai dalam menjalankan tugas; serta mengenakan tindakan disiplin yang wajar jika dakwaan ini dibuktikan.

Penyiasatan ini hendaklah melibatkan pemanggilan saksi-saksi dan pihak-pihak berkepentingan supaya ianya bersifat telus serta memastikan berlakunya keadilan terhadap kedua-dua pegawai.


Penyiasatan yang dijalankan hendaklah dianggap sebagai isu kepentingan awam yang serius, kerana ia melibatkan dakwaan berat tentang tingkah laku dan integriti salah seorang penjawat awam tertinggi dalam negara. Justeru itu, laporan dan penemuan yang diperolehi wajar disiarkan untuk pengetahuan umum.


G25 amat menyokong langkah pendedahan laporan tersebut kepada orang awam kerana ketelusan merupakan salah satu teras tadbir urus yang baik. Kita perlu memiliki rasa rendah diri dan kesediaan untuk belajar daripada kesilapan lalu.


Kita sudah lihat bagaimana laporan suruhanjaya/jawatankuasa penyiasatan pada masa lalu telah diklasifikasikan sebagai ‘rahsia rasmi’ di bawah Akta Rahsia Rasmi, dan mengambil masa yang begitu panjang untuk laporan itu didedahkan kepada orang ramai – itupun kalau didedahkan kepada umum. Malah dan malang, ada laporan yang pada pengetahuan kami tidak pernah disiarkan langsung untuk pengetahuan umum; contohnya ialah Laporan Jawatankuasa Siasatan Bebas Kejadian Kebakaran di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru, dan Laporan Jawatankuasa Bebas Pengambilan dan Pengurusan Pekerja Asing.


Penjawat awam berkhidmat untuk rakyat, dan pembayar cukai sentiasa perhatin ke atas tingkah laku dan salah laku memandangkan pembayar cukai yang memberi hasil kepada kerajaan untuk mentadbir negara.


Apa yang ditekankan di sini ialah tentang keperluan untuk memastikan jentera kerajaan sentiasa dihormati oleh rakyat. Perkhidmatan pentadbiran, polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengawal sebahagian besar kuasa undang-undang dalam pentadbiran negara. Maka adalah sangat penting untuk mereka dilihat sebagai bersedia bertanggungjawab terhadap sebarang penyalahgunaan kuasa di kalangan mereka sendiri, terutamanya di peringkat tertinggi.


The Malaysian Insight

FMT




bottom of page