What we stand for

G25 is committed to pursue a just, democratic, peaceful, tolerant, harmonious, moderate and progressive multi-racial, multi cultural, multi religious Malaysia through Islamic principles of Wassatiyah (moderation) and Maqasid Syariah (well-being of the people) that affirms justice, compassion, mercy, equity.

Malaysia is to be led by rule of law, good governance, respect for human rights and upholding the institution of the country.

We aim to ensure, raise awareness, promote that Syariah laws and civil laws should work in harmony and that the Syariah laws are used within its legal jurisdiction and limits as provided for by the federal and state division of powers.

There should be rational dialogues to inform people on how Islam is used for public law and policy that effects the multi ethnic and multi religious Malaysia and within the confines of the Federal Constitution, the supreme law of the nation.

We work in a consultative committee of experts to advise the government and facilitate amendments to the state Syariah laws, to align to the Federal Constitution and the spirit of Rukun Negara.

It is imperative to achieve a politically stable, economically progressive Malaysia and to be able to enjoy the harmony, tolerance, understanding and cooperation in this multi diverse country.

Dasar Perolehan Kerajaan dan Pengurusan Kewangan



G25 sesungguhnya berharap kes-kes mahkamah berprofil tinggi yang melibatkan pemberian kontrak dan tender untuk kementerian-kementerian dan jabatan-jabatan kerajaan akan menjadi teladan kepada menteri kabinet dan penjawat awam bahawa betapa perlunya prosedur dipatuhi dengan betul dalam membuat keputusan. Apabila proses dan prosedur gagal diikuti, ia membuka ruang untuk pembaziran serta penyelewengan. Ini mengakibatkan impak kewangan yang besar kepada kerajaan dan ekonomi negara. Dan seterusnya tindakan tatatertib akan di ambil, dan individu yang bertanggungjawab boleh dikenakan hukuman.


Sebagai peraturan umum, perolehan kerajaan hendaklah dilaksanakan mengikut prosedur tender. Walaupun Arahan Perbendaharaan dan Pekeliling Perbendaharaan di bawah Akta Tatacara Kewangan 1957 (Disemak 1972) membenarkan pengecualian persaingan di dalam perolehan kerajaan, namun begitu, pihak yang bertanggung jawab mestilah mempunyai alasan yang kukuh untuk menjustifikasikan proses perolehan secara rundingan terus. Justifikasi untuk tidak mengikuti prosedur tender perlu didokumenkan dengan jelas oleh pegawai yang bertanggungjawab untuk memudahkan pemeriksaan dan pelaporan Jabatan Audit kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).



Penjawat awam perlu diperingatkan bahawa adalah tidak wajar bagi mereka untuk mengikut arahan Menteri tanpa terlebih dahulu memastikan yang arahan tersebut mengikut Akta Tatacara Kewangan, Akta Kontrak Kerajaan 1949 dan Arahan Perbendaharaan. Ini adalah kerana sekiranya audit dijalankan dan didapati terdapatnya perlanggaran prosedur, maka, Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian dan mana-mana pegawai bawahannya, yang menjalankan arahan yang menyalahi undang-undang itu, akan dipertanggungjawabkan atas pelanggaran prosedur itu. Seseorang KSU itu, di sisi undang-undang, adalah diiktiraf sebagai pegawai pengawal bajet bagi setiap kementerian. Beliau dan pegawai berkenaan boleh dikenakan tindakan surcaj di bawah Akta Tatacara Kewangan bersabit dengan perbelanjaan yang tidak berjustifikasi di dalam pembekalan atau pembinaan fasiliti kerajaan. Alasan yang mereka hanya menurut perintah ketua atau pihak atasan tidak boleh diterima di sisi undang-undang.



Perdana Menteri perlu ambil perhatian bahawa perolehan secara rundingan terus berkemungkinan besar akan mengundang amalan-amalan yang tidak diingini seperti pilih kasih, nepotisme dan rasuah yang bukan sekadar melibatkan Menteri-menteri, tetapi juga ahli-ahli keluarga mereka. Para pelobi profesional juga akan mendekati keluarga Menteri, untuk mendapatkan pilih kasih dari dan akses kepada Menteri. Ini juga akan membuka ruang kepada pegawai-pegawai di pejabat Menteri, seperti setiausaha dan pembantu khas, untuk mengambil kesempatan untuk mendapatkan sebahagian dari wang itu. Mereka ini merupakan “rent-seekers”, yang pernah disebut oleh bekas penasihat di Kementerian Kewangan di dalam bukunya tentang budaya rasuah di Malaysia. Beliau pernah berkhidmat dengan Perkhidmatan Penasihat Yayasan Harvard - Ford. World Bank juga ada menyatakan dalam laporan mereka, bahawa, walaupun Malaysia telah mencapai prestasi yang baik dalam membangunkan ekonomi, namun, terdapat juga pembaziran yang berleluasa, salah tadbir-urus, dan amalan tidak beretika dalam perbelanjaan kerajaan.


Malaysia teruk terjejas akibat krisis kewangan Asia Timur 1997/98. Agensi-agensi antarabangsa dan pakar ekonomi menyatakan yang krisis itu berpunca akibat kelemahan dalaman di kalangan negara Asia Tenggara dalam sistem semak dan imbang mereka. Kelemahan sistem inilah yang memberi keyakinan kepada spekulator mata wang yang mereka boleh menjana wang dengan menyerang mata wang Asia Tenggara. Pengalaman pahit itu menyebabkan Bank Negara Malaysia melaksanakan pembaharuan dalam sektor kewangan dan perbankan. Suruhanjaya Sekuriti juga memperkenalkan garis panduan baharu mengenai tadbir urus korporat dan melarang orang yang mempunyai kaitan politik untuk menjadi pengarah dalam lembaga pengarah syarikat tersenarai awam. Program transformasi GLC juga telah diperkenalkan untuk menggalakkan amalan tadbir urus yang baik dalam sistem pengurusan mereka.


Malangnya, di kementerian-kementerian kerajaan, tidak ada pembaharuan diperkenalkan supaya wujudnya sistem semak dan imbang terhadap kuasa menteri. Sebagai contoh, ketiadaan sistem semak dan imbang ini dapat dilihat dalam skandal 1MDB dan LCS.


Oleh itu, G25 menyarankan agar kerajaan memperkenalkan pembaharuan dengan kadar segera dalam pengurusan kewangan di Kementerian Kewangan dan untuk operasi di kementerian-kementerian. Dalam hubungan ini, kami menyokong saranan IDEAS supaya kerajaan perlu bersungguh dengan cadangannya untuk menggubal Akta Perolehan Kerajaan (GPA) yang telah dijanjikannya di bawah Pelan Antirasuah Nasional (NACP) 2019. Undang-undang sedemikian akan menambahbaikkan peraturan tender dan perolehan semasa. Undang-undang tersebut, jika berdasarkan contoh yang baik, seperti Model Undang-Undang UNCITRAL mengenai Perolehan Awam, akan menambah baik kaedah-kaedah perolehan yand sedia ada untuk menangani masalah-masalah perolehan kerajaan yang telah lama wujud, seperti amalan rundingan secara langsung yang berleluasa. GPA juga akan membantu meningkatkan ketelusan dalam proses perolehan.


Prinsip asas bagi sesuatu amalan kerajaan terbaik ialah adanya sistem semak dan imbang bukan sahaja di peringkat kementerian tetapi juga terdapatnya pengawasan parlimen ke atas program perbelanjaan kerajaan, sepertimana terdapat di negara demokrasi yang maju.


Sehala itu, kerajaan harus menunjukkan keberanian politiknya dengan berhenti dari melibatkan diri dalam perniagaan dan melepaskan GLC yang kurang strategik kepada sektor swasta. Kerajaan yang menjauhkan diri daripada penglibatan aktif di dalam aktiviti komersial, tidak akan menimbulkan syak wasangka dari kalangan pelabur samada pelabur tempatan ataupun pelabur asing. Pengurangan penglibatan kerajaan di dalam GLC dan dari sektor komersial ekonomi akan menambah-baikkan suasana pelaburan. Ini akan membuat Malaysia sebagai lokasi perniagaan kegemaran bagi syarikat-syarikat multinasional terbaik di dunia.


FMT

Sinar Harian


Tags: