What we stand for

G25 is committed to pursue a just, democratic, peaceful, tolerant, harmonious, moderate and progressive multi-racial, multi cultural, multi religious Malaysia through Islamic principles of Wassatiyah (moderation) and Maqasid Syariah (well-being of the people) that affirms justice, compassion, mercy, equity.

Malaysia is to be led by rule of law, good governance, respect for human rights and upholding the institution of the country.

We aim to ensure, raise awareness, promote that Syariah laws and civil laws should work in harmony and that the Syariah laws are used within its legal jurisdiction and limits as provided for by the federal and state division of powers.

There should be rational dialogues to inform people on how Islam is used for public law and policy that effects the multi ethnic and multi religious Malaysia and within the confines of the Federal Constitution, the supreme law of the nation.

We work in a consultative committee of experts to advise the government and facilitate amendments to the state Syariah laws, to align to the Federal Constitution and the spirit of Rukun Negara.

It is imperative to achieve a politically stable, economically progressive Malaysia and to be able to enjoy the harmony, tolerance, understanding and cooperation in this multi diverse country.

Malaysia tarik diri daripada Statut Rom

Sunday, April 7, 2019

 

G25 menzahirkan kekecewaan terhadap kerajaan Malaysia yang telah tunduk terhadap tekanan daripada kumpulan pembangkang dan memutuskan untuk menarik diri daripada Statut Rom bagi Mahkamah Jenayah Antarabangsa (International Criminal Court, ICC) dalam waktu terdekat setelah bertindak memperakuinya. Perkara ini merupakan tindakan berpatah balik kali kedua yang telah dilakukan oleh kerajaan, di mana keputusan berpatah balik pertama adalah penarikan diri Malaysia daripada keputusannya untuk memperakui ICERD (International Convention on the Elimination of All Forms of Racial Discrimination). Tindakan ini merupakan sesuatu yang buruk kerana ia mencipta persepsi bahawa Malaysia sekarang sedang ditadbir dengan sentimen ras dan agama, bukannya dengan piawaian keadilan yang universal. Hal ini juga menimbulkan persoalan mengenai komitmen kerajaan baharu dalam soal reformasi.

 

Ia merupakan sesuatu yang dapat difahami apabila Perdana Menteri kecewa terhadap mereka yang bertanggungjawab dalam menyebarkan kekeliruan dan salah faham kepada masyarakat mengenai konvensyen antarabangsa ini – khususnya terhadap masyarakat Melayu – bahawa Statut Rom akan melemahkan kedaulatan negara dan maruah Majlis Raja-Raja. Di bawah Statut ini, ICC diperkasa untuk memulakan prosiding terhadap individu-individu yang melakukan jenayah antarabangsa bagi kes pembunuhan beramai-ramai (genocide), jenayah perang (war crimes), jenayah terhadap kemanusiaan (crimes against humanity), dan jenayah pencerobohan (crimes of aggression) apabila sesebuah negara tidak mampu ataupun tidak mahu mendakwa warganegaranya yang telah melakukan mana-mana jenayah seperti yang disebutkan di atas. Dalam erti kata lain, ICC merupakan mahkamah bagi langkah terakhir dalam membicarakan kes-kes tersebut.

 

Kami daripada G25 tidak dapat memahami kenapa terdapatnya kebimbangan bahawa Statut Rom akan menempatkan Sultan dan Yang di-Pertuan Agong serta Islam berada dalam risiko untuk tertakluk kepada perundangan antarabangsa, sedangkan mereka merupakan monarki berperlembagaan yang memerintah dengan nasihat daripada kerajaan. Sebaliknya, jika mana-mana Sultan bertanggungjawab melakukan sesebuah jenayah yang serius, maka baginda akan dibawa ke muka pengadilan di bawah lunas-lunas perundangan negara kita. Tidak ada keperluan untuk merujuk perkara tersebut ke ICC kerana ahli keluarga diraja kita tidak mempunyai kekebalan daripada dakwaan-dakwaan jenayah, tidak seperti mana sesetengah negara yang mengecualikan raja mereka daripada hukuman-hukuman jenayah.  Namun begitu, sekiranya pemimpin politik atau raja-raja kita melakukan jenayah terhadap kemanusiaan dengan sebuah cara yang tidak bertamadun, dan tiada tindakan diambil untuk mempertanggungjawabkan mereka, maka cara yang betul dan sejawarnya ialah komuniti antarabangsa campur tangan dan membawa mereka ke muka pengadilan di ICC, justeru masyarakat dapat diselamatkan daripada tindakan-tindakan keganasan mereka pada masa hadapan. Sebagai contoh, negara-negara yang terbentuk selepas Yugoslavia dan Rwanda merupakan negara-negara yang lebih bertamadun pada hari ini selepas perlakuan genosid yang dilakukan oleh para pemerintah sebelumnya telah didedahkan kepada dunia dalam perbicaraan yang dijalankan oleh Tribunal Jenayah Antarabangsa terhadap bekas pemerintah Yugoslavia di The Hague dan Tribunal Jenayah Antarabangsa bagi Rwanda di Arusha. Perbicaraan-perbicaraan ini telah dimulakan oleh resolusi-resolusi antarabangsa di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

 

G25 menyeru kepada kerajaan untuk menggalakan isu Statut Rom ini dibincangkan dan didebatkan di semua peringkat masyarakat, media terbuka, kampus-kampus universiti, dan dalam forum-forum masyarakat sivil, di kampung-kampung dan bandar-bandar justeru ketika tibanya waktu yang tepat, dan selepas masyarakat negara ini dapat memahami dengan lebih baik mengenai Statut Rom, maka hal tersebut dapat dibawa ke parlimen bagi memutuskan sebuah keputusan terakhir yang berdasarkan kepada kehendak masyarakat seperti yang dicerminkan oleh wakil-wakil rakyat mereka dalam menentukan sama ada untuk memperakui atau menolak Perjanjian tersebut, dan untuk bertahan dengan keputusan tersebut.

 

Begitulah caranya untuk sebuah demokrasi berparlimen bekerja. Hakikatnya, proses demokratik tidak pernah benar-benar menjadi sebuah cara yang mudah. Ianya merupakan sebuah proses yang dinamik ataupun giat serta penuh dengan cabaran, seperti mana terdapatnya pelbagai pandangan yang berbeza dalam sebarang inisiatif polisi baharu yang utama untuk dijalankan. Pengalaman yang dialami oleh negara-negara lain menunjukkan bahawa, walau seberapa hangat sekalipun sesebuah isu tersebut, masyarakat awam tetap akan dapat menerima keputusan terakhir apabila masyarakat berpuas hati bahawa semua lapisan pandangan telah dirundingkan melalui dialog-dialog dan debat-debat terbuka. Memang benar bahawa beberapa perubahan polisi akan sukar diterima oleh sesetengah pihak, tetapi apabila majoriti masyarakat telah bersuara melalui sebuah proses berparlimen yang betul, mereka mesti menerima keputusan tersebut.

 

Sinar Harian

MKini

 

 

 

 

 

 

Please reload

Follow Us
  • Facebook - Black Circle
  • Twitter - Black Circle
Recent Posts

Monday, October 14, 2019

Please reload

Search By Tags
This site was designed with the
.com
website builder. Create your website today.
Start Now