What we stand for

G25 is committed to pursue a just, democratic, peaceful, tolerant, harmonious, moderate and progressive multi-racial, multi cultural, multi religious Malaysia through Islamic principles of Wassatiyah (moderation) and Maqasid Syariah (well-being of the people) that affirms justice, compassion, mercy, equity.

Malaysia is to be led by rule of law, good governance, respect for human rights and upholding the institution of the country.

We aim to ensure, raise awareness, promote that Syariah laws and civil laws should work in harmony and that the Syariah laws are used within its legal jurisdiction and limits as provided for by the federal and state division of powers.

There should be rational dialogues to inform people on how Islam is used for public law and policy that effects the multi ethnic and multi religious Malaysia and within the confines of the Federal Constitution, the supreme law of the nation.

We work in a consultative committee of experts to advise the government and facilitate amendments to the state Syariah laws, to align to the Federal Constitution and the spirit of Rukun Negara.

It is imperative to achieve a politically stable, economically progressive Malaysia and to be able to enjoy the harmony, tolerance, understanding and cooperation in this multi diverse country.

Kecam keterlaluan: G25 seru kerajaan sokong raja-raja Melayu dengan tindakan

Wednesday, October 11, 2017

Kumpulan itu berbangga raja-raja Melayu membuat pendirian terhadap ekstremisme yang tersebar, susulan kontroversi dasar perniagaan untuk "orang Islam sahaja".

 

PETALING JAYA: Kumpulan G25 menyokong Majlis Raja-raja Melayu mengecam tindakan individu dan kumpulan yang merisikokan keharmonian masyarakat berbilang kaum dan agama atas nama Islam, dan menyeru kerajaan dan rakyat menyokong raja-raja Melayu melalui tindakan dan kata-kata.

 

Kumpulan itu dalam kenyataan hari ini berkata mereka berbangga raja-raja Melayu membuat pendirian terhadap “ekstremisme yang tersebar”, susulan kontroversi dasar perniagaan untuk “orang Islam sahaja”.

 

“Kami amat berterima kasih raja-raja kita tidak berdiam diri, ketika orang lain membisu. Majlis Raja-raja Melayu mengambil peranan kepimpinan yang penting demi melindungi nama baik Islam dan memelihara bukan sahaja keharmonian kaum, tetapi juga ancaman eksistensial terhadap negara.”

 

Kumpulan itu menggesa kerajaan dan rakyat supaya bersama Raja-raja Melayu, dengan mengalakkan perpaduan dan keharmonian, serta memperbaharui komitmen kepada prinsip dan semangat Rukun Negara dan Perlembagaan Persekutuan di tempat kerja, sekolah, masyarakat dan rumah.

 

“Tindakan oleh sekumpulan kecil pelampau itu memberi ancaman serius kepada keamanan, keharmonian dan kestabilan negara tercinta dan mesti dicantas dari awal lagi.”

 

Semalam, raja-raja Melayu mengecam dasar perniagaan untuk “orang Islam sahaja” termasuk kontroversi dobi “mesra Muslim di Johor dan seumpamanya di Perlis sebagai tindakan yang bersifat keterlaluan, boleh menjejaskan keharmonian, dan membawa implikasi lebih mendalam sekiranya bersabit dengan dan dilakukan atas nama Islam.

 

Kecaman itu menyusuli penularan video pegawai kader Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Zamihan Mat Zin, yang berkata kenyataan Sultan Ibrahim Sultan Iskandar sebagai “tidak patut”, dan mempertahankan dasar kedai dobi itu.

 

Dasar kedai dobi itu mengundang reaksi berbeza dalam kalangan rakyat. Mufti Johor Datuk Mohd Tahrir Samsudin dilaporkan memuji dasar kedai dobi itu sebagai “cantik”.

 

G25 turut bimbang akan kesamaran undang-undang jenayah syariah tertentu dan akauntabiliti institusi agama dan pihak berkuasa yang kurang. Kerajaan diseru mengkaji semula akta dan enakmen yang tidak mempunyai takrif yang jelas dan memberikan kuasa luas kepada pihak berkuasa agama sehingga membawa kepada penyalahgunaan.

 

“Kerajaan negeri dan persekutuan perlu segera memantau jabatan agama masing-masing bagi memastikan mereka tidak menyalahgunakan kuasa dan melakukan ketidakadilan.

 

“Oleh kerana hal ehwal agama terletak pada raja-raja Melayu, sokongan pentadbiran bagi Majlis Raja-raja Melayu dan setiap seorang raja-raja Melayu harus diperkuatkan bagi memulihkan keyakinan kepada sistem undang-undang syariah agar menjadi sistem yang adil, bukan sewenang-wenang dan memilih, dan tidak dipolitikkan.”

 

“Kami sekali lagi menyeru kerajaan supaya membuat pendirian yang jelas dan tegas serta secara tegas menghentikan kebangkitan ekstremisme agama, sikap tidak bertoleransi, dan ketaksuban bukan sahaja dalam kalangan individu dan kumpulan, tetapi juga di agensi penguatkuasaan agama dan penceramah bebas,” kata G25.

 

Kumpulan itu menambah malang sekali zaman sekarang percakapan berunsur kebencian, ketaksuban dan diskriminasi boleh berlaku bebas daripada hukuman, dengan demikian mengalakkan pelaku mempengaruhi orang lain.

 

“Sikap ketuanan kaum dan agama bukan sahaja memisahkan rakyat tetapi juga memberi impak negatif kepada kestabilan sosial, ekonomi dan politik negara.

 

“Reputasi negara kita dan Islam sebagai juara kesederhanaan, hormat-menghormati dan toleransi menghadapi risiko akan tergugat, begitu juga keamanan dan perpaduan rakyat kita.”

 

Free Malaysia Today

Please reload

Follow Us
  • Facebook - Black Circle
  • Twitter - Black Circle
Recent Posts

Monday, October 14, 2019

Please reload

Search By Tags
This site was designed with the
.com
website builder. Create your website today.
Start Now