What we stand for

G25 is committed to pursue a just, democratic, peaceful, tolerant, harmonious, moderate and progressive multi-racial, multi cultural, multi religious Malaysia through Islamic principles of Wassatiyah (moderation) and Maqasid Syariah (well-being of the people) that affirms justice, compassion, mercy, equity.

Malaysia is to be led by rule of law, good governance, respect for human rights and upholding the institution of the country.

We aim to ensure, raise awareness, promote that Syariah laws and civil laws should work in harmony and that the Syariah laws are used within its legal jurisdiction and limits as provided for by the federal and state division of powers.

There should be rational dialogues to inform people on how Islam is used for public law and policy that effects the multi ethnic and multi religious Malaysia and within the confines of the Federal Constitution, the supreme law of the nation.

We work in a consultative committee of experts to advise the government and facilitate amendments to the state Syariah laws, to align to the Federal Constitution and the spirit of Rukun Negara.

It is imperative to achieve a politically stable, economically progressive Malaysia and to be able to enjoy the harmony, tolerance, understanding and cooperation in this multi diverse country.

"Menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya" Rukun Negara

Saturday, September 23, 2017

JAWAPAN​ ​BALAS​ ​BAGI​ ​KRITIKAN-KRITIKAN​ ​TERHADAP​ ​G25

 

 

G25 seringkali dilabelkan sebagai liberal oleh kebanyakan pengkritiknya, dan istilah ini telah diputarkan sebagai suatu yang menghina bagi menjelaskan Muslim yang percaya dengan nilai-nilai universal seperti demokrasi, hak asasi manusia, kesamarataan gender, dan menghormati multibudaya dan kepelbagaian. Ianya merupakan satu perkataan yang disalahgunakan oleh autoriti dan ekstrimis agama untuk mengecam sesiapa yang berbeza pandangan terhadap hal-hal yang berkaitan dengan bangsa, agama, dan politik.

 

Kami sebagai ahli G25 ingin mengingatkan para pengkritik kami bahawa, dalam Rukun Negara, perkataan liberal telah diberikan kedudukan yang tinggi dalam lima prinsip ideologi kebangsaan yang bertujuan menggembeling pelbagai suku kaum di negara ini kearah perpaduan dan pembangunan nasional. Dalam pengantar Rukun Negara, ada dinyatakan bahawa salah satu tujuan Malaysia adalah untuk: “menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak”. Dalam versi bahasa Inggeris, ianya diterjemahkan sebagai: “Guaranteeing a liberal approach towards her rich and varied cultural traditions”. Sila ambil perhatian bahawa perkataan “liberal” digunakan dalam kedua-dua versi berdasarkan konteks yang bersifat positif dan bermanfaat kepada cita-cita kita untuk menjadi sebuah negara yang bersatu, makmur, dan bahagia.

 

Kami ahli G25 mentaati tujuan-tujuan Rukun Negara sepenuhnya dan ingin mengambil peluang ini bagi menyatakan kekaguman kami terhadap Perbarisan Hari Kebangsaan di Dataran Merdeka di hadapan Yang di-Pertuan Agong untuk meraikan Ulang Tahun ke-60 bagi kemerdekaan kita baru-baru ini. Dalam sambutan tersebut, keseluruhan hadirin yang terdiri daripada pelbagai suku kaum telah mengikrar lima prinsip Rukan Negara itu secara serentak dan senada. Dan mereka juga mengibarkan jalur gemilang dengan penuh kebanggaan dan emosi terhadap pencapaian-pencapaian kita dalam banyak perkara untuk menjadi sebuah negara yang terbilang.

 

Disebalik pelbagai sambutan yang diraikan, perhatian wajar diberikan kepada sikap ketidaktoleransian terhadap perbezaan-perbezaan antara kita yang semakin meruncing. G25 memerhatikan bahawa toleransi dan penghormatan terhadap kepelbagaian bahasa, agama, budaya, dan tradisi dalam masyarakat kita semakin meleset. Perkara ini merupakan suatu hal yang mendukacitakan apabila mengambil kira yang kepelbagaian adalah diakui secara universal sebagai sebuah aset yang sangat berharga dalam kalangan faktor-faktor untuk sebuah pembangunan terbilang. Sememangnya inilah sebabnya betapa perlunya diberi penekanan dalam Rukun Negara untuk menjunjung perlembagaan dan undang-undang supaya kita dapat melindungi ciri multibudaya bagi masyarakat dan hak asasi manusia kita dalam negara ini. Perkara ini juga akan memastikan kesederhanaan bagi pengamalan Islam dalam kehidupan seharian umat Islam. Kami juga berasa teruja apabila Perdana Menteri kita dalam lawatan beliau ke Amerika baru-baru ini, telah menegaskan kepada dunia bahawa Malaysia berpegang kepada kesederhanaan dan kepelbagaian.

 

G25 telah membuat beberapa cadangan untuk reformasi dalam pentadbiran Islam dan sistem kerajaan (governance system) bagi negara ini supaya terdapatnya ketelusan (transparency) dan kepertanggung-jawapan (accountability) dalam kalangan institusi-institusi awam bagi menjalankan urusan-urusan kenegaraan. Keterbukaan tersebut akan menguatkan lagi nilai-nilai demokrasi kita dan melindungi rakyat jelata daripada penyalahgunaan kuasa dalam kalangan autoriti yang berkuasa. Memandangkan skandal-skandal kewangan yang sedang berlaku dalam sektor awam kini, adalah mustahak untuk dilaksanakan reformasi bagi memupuk budaya integriti di kalangan seluruh institusi kerajaan.

 

Kami di G25 akan mempertahankan demokrasi sekular negara berdasarkan Perlembagaan Persekutuan sebagai Perundangan Tertinggi bagi negara ini. Perlembagaan telah ditulis dengan tujuan bahawa, ketika Islam adalah agama rasmi Persekutuan, undang-undang negara perlu mematuhi nilai-nilai keadilan universal yang telah lama wujud sebelum kemerdekaan. Sistem kerajaan yang ditentukan oleh Perlembagaan adalah sebuah kerajaan dari rakyat, oleh rakyat, dan untuk rakyat. Para pengasas negara kita telah menentukan formula ini sebagai formula yang terbaik bagi negara berbilang kaum kita. Mereka telah membuktikan kebenarannya. Dengan sebuah perlembagaan yang memenuhi aspirasi seluruh kaum bagi sebuah negara yang bersatu, Malaysia kekal sebagai sebuah negara aman yang menjadikannya sebagai salah satu daripada negara-negara yang paling terbilang dalam dunia membangun.

 

Sebagai umat Islam, kami, ahli-ahli G25 menghormati kedudukan Islam sebagai agama rasmi di negara ini. Kami menggesa seluruh ummah untuk mengamalkan ajaran-ajaran agama kita dengan penuh ketaatan agar dirahmati oleh Tuhan di dunia ini dan di akhirat nanti. Kesemua umat Islam mesti memelihara lima rukun Islam dan menghindari dari dosa-dosa yang dilarang oleh Allah di dalam al-Qur’an. Kami juga akur dan menghormati peranan institusi agama dalam memandu umat Islam ke arah jalan yang betul. Kami mengakui bahawa di bawah Perlembagaan Persekutuan, Islam merupakan sebuah agama rasmi negara dan Perlembagaan memberi kuasa kepada pentadbiran agama untuk diuruskan oleh negeri.

 

Sebaliknya, apabila autoriti agama melangkui batas-batas yang ditetapkan oleh Perlembagaan dalam melaksanakan kuasa mereka dan memperkenalkan undang-undang untuk mengawal tingkah-laku umat Islam yang bertentangan dengan prinsip-prinsip demokrasi dan hak asasi manusia, G25 terpanggil untuk memberi respon dengan menimbulkan isu-isu perundangan dan aturan bagi pihak masyarakat majoriti yang berdiam dan moderat. Selaras dengan perlembagaan yang menjamin kebebasan bersuara dan berekspresi, kami percaya kami berhak untuk memberi komen dan menentang apabila ianya perlu dilakukan bagi kemanfaatan masyarakat dan negara.

 

G25 ingin menjelaskan bahawa kami tidak menerima perlakuan bebas dan berdosa yang memburukkan nilai-nilai agama kita dan juga yang bertentangan dengan norma dan etika masyarakat Malaysia. Dalam Islam, homoseksualiti, seks bebas, perzinaan, dan arak adalah sama sekali haram dan berdosa. Kami bersetuju bahawa adalah tidak bijak bagi Muslim untuk menimbulkan keraguan tentang ritual-ritual Islam seperti ritual ibadah korban dengan cara yang menimbulkan kemarahan masyarakat. Kami juga tidak sependapat dengan pihak yang mempersoalkan keabsahan al-Qur’an ataupun kesuciannya seperti yang berlaku dalam sebuah forum awam baru-baru ini.

 

G25 adalah konsisten dalam pandangannya bahawa penyimpangan-penyimpangan dalam perlakuan dan kepercayaan sebegini adalah dilarang dalam Islam. Perlakuan dan kepercayaan tersebut melibatkan dosa peribadi dan justeru, mereka tidak patut dihukum di bawah mana-mana perundangan. Kami tidak bersendirian dalam berpegang kepada pandangan ini. Ianya merupakan pandangan yang selari dengan pandangan oleh ramai ulama’ Muslim dan peguam perlembagaan yang mengatakan bahawa LGBT, seks bebas, dan sebagainya adalah salah namun perkara-perkara tersebut merupakan dosa-dosa peribadi, bukannya jenayah seperti yang ditetapkan dalam undang-undang perlembagaan. Sewajarnya Tuhan yang menghukum sesiapa yang tidak mentaati perintah-Nya. Negara bangsa perlu memberi tumpuan terhadap peranan-peranan fundamental untuk menyediakan keperluan-keperluan asas manusia dan memastikan keselamatan, kesaksamaan, dan keadilan adalah milik semua. Konsep tanggungjawab bagi negara moden ini adalah selari dengan prinsip-prinsip Wasatiyyah dan Maqasid Syariah.

 

Bagi kritikan-kritikan terhadap G25 mengenai buku “Breaking the Silence: Islam in a Constitutional Democracy” dan forum awam baru-baru ini yang menjemput seorang profesor luar negara sebagai penceramah, kami menyeru agar pihak berkuasa menerima realiti bahawa pastinya ada perbezaan-perbezaan pandangan apabila seseorang ilmuwan daripada latar belakang dan negara yang berbeza bertemu di dalam sebuah perdebatan terbuka. Beberapa pandangan mereka mungkin sangat kontroversi dan radikal seperti yang kita selalu lihat di media-media sosial, di mana sarjana-sarjana terkemuka daripada pusat pengajian tinggi di Barat (dengan kesemua kebebasan yang dimiliki oleh mereka untuk diungkapkan dengan bebas dan terbuka) untuk menafsirkan makna-makna spiritual dalam kitab-kitab suci dengan cara yang mungkin tidak dapat diterima oleh kita di Malaysia. Autoriti-autoriti agama kita perlu bersikap lebih toleran dengan perbezaan-perbezaan pandangan seperti ini sebagai tanda positif bahawa para ilmuwan Muslim menyumbangkan pengetahuan mereka terhadap kefahaman Islam yang lebih mendalam.

 

Kita perlu belajar daripada sejarah dunia bahawa Islam ketika zaman keemasan penemuan ilmu lebih 1000 tahun lalu, yang mana para ilmuwan dan ahli falsafah Muslim di universiti-universiti zaman silam di Damsyik dan Kaherah berdebat sesama mereka bagi mencari jawapan-jawapan terhadap beberapa perkara misteri dalam agama. Mereka mengkaji kerja-kerja ahli falsafah Yunani zaman silam sebelum mereka, dan melalui keterbukaan bagi penemuan-penemuan ilmiah mereka, mereka telah mempengaruhi perubahan-perubahan besar dalam pengaplikasian agama terhadap kehidupan manusia. Keberanian idea-idea baru mereka dalam menafsirkan agama telah ditiru dalam tradisi Kristian Eropah dan membawa kepada zaman Pembaharuan Semula (Renaissance), yang merubah masyarakat Barat daripada sikap ketaataan membuta tuli pada zaman pertengahan kepada progresif dalam memikirkan tentang penyelesaian-penyelesaian baru untuk keadaan yang berubah-ubah. Reformasi yang melanda ke seluruh Eropah telah memodenkan dan memperkasa dunia Barat dalam kesemua lapangan perusahaan manusia.

 

Sebaliknya, dunia Muslim selepas sebuah tempoh reformasi dan pemodenan yang singkat telah memundurkan diri sendiri daripada pendekatan progresif dan kembali kepada konservatisme dalam agama. Sebagai kesannya, dunia Muslim telah tertinggal di belakang dunia Barat dalam kesemua wilayah pembangunan manusia. Kekurangan dalam keterbukaan terhadap idea-idea berbeza kekal sebagai sebab utama terhadap kemunduran dalam kebanyakan negara Muslim.

 

G25 percaya bahawa, apabila kita lebih akrab dengan kesemua wacana, maka kita akan lebih terbuka dalam mengungkapkan pandangan-pandangan kita. Dalam sebuah negara demokrasi, keterbukaan adalah amalan kebiasaan dan telah menjadi sebuah faktor penting dalam menjelaskan kejayaan pembangunan bagi banyak negara. Dalam kebanyakan negara, organisasi-organisasi masyarakat sivil diterima sebagai rakan sekutu dengan kerajaan untuk mencari penyelesaian-penyelesaian dan perubahan yang diperlukan terhadap negara bagi meningkatkan proses pembangunannya dalam menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi, dengan penghormatan terhadap nilai-nilai budaya dan sosial yang lebih tinggi dan bertoleransi terhadap perbezaan-perbezaan antara kita.

 

Free Malaysia Today

 

Please reload

Follow Us
  • Facebook - Black Circle
  • Twitter - Black Circle
Recent Posts

Thursday, March 26, 2020

Friday, March 13, 2020

Friday, March 13, 2020

Please reload

Search By Tags
This site was designed with the
.com
website builder. Create your website today.
Start Now