What we stand for

G25 is committed to pursue a just, democratic, peaceful, tolerant, harmonious, moderate and progressive multi-racial, multi cultural, multi religious Malaysia through Islamic principles of Wassatiyah (moderation) and Maqasid Syariah (well-being of the people) that affirms justice, compassion, mercy, equity.

Malaysia is to be led by rule of law, good governance, respect for human rights and upholding the institution of the country.

We aim to ensure, raise awareness, promote that Syariah laws and civil laws should work in harmony and that the Syariah laws are used within its legal jurisdiction and limits as provided for by the federal and state division of powers.

There should be rational dialogues to inform people on how Islam is used for public law and policy that effects the multi ethnic and multi religious Malaysia and within the confines of the Federal Constitution, the supreme law of the nation.

We work in a consultative committee of experts to advise the government and facilitate amendments to the state Syariah laws, to align to the Federal Constitution and the spirit of Rukun Negara.

It is imperative to achieve a politically stable, economically progressive Malaysia and to be able to enjoy the harmony, tolerance, understanding and cooperation in this multi diverse country.

Utamakan Agenda Pembangunan Insan Untuk Elak Kehancuran Peradaban Bangsa - Sultan Nazrin

Saturday, May 20, 2017

KUALA KANGSAR, 20 Mei (Bernama) -- Agenda pembangunan insan wajib mendahului agenda pembangunan lain kerana terdapat kajian menunjukkan peradaban sesuatu bangsa boleh hancur jika institusi keluarga, pendidikan dan keteladanan tokoh serta ulama hancur.

Sultan Perak Sultan Nazrin Shah bertitah institusi keluarga akan hancur apabila ibu bapa memilih untuk menyerah dan mempertanggungjawabkan sepenuhnya urusan mendidik anak kepada pembantu rumah dan guru di sekolah.

Sementara itu, baginda bertitah pendidikan boleh dihancurkan jika peranan guru tidak diberi pengiktirafan sewajarnya dan golongan itu dibebani dengan tugas-tugas yang menyebabkan mereka terabai daripada tugas asasi mengajar serta mendidik.

"Para tokoh dan ulama boleh dihancurkan apabila kewibawaan mereka sebagai pemimpin diragui dan kredibiliti kata-kata mereka dipertikaikan," titah baginda pada majlis santapan tengah hari meraikan warga pendidik sempena sambutan Hari Guru peringkat negeri Perak 2017 di Istana Iskandariah di sini Sabtu.

Sultan Perak bertitah agenda pendidikan tidak boleh dikompromi sama sekali dan kualiti pendidikan tidak boleh dikorbankan kerana pembangunan negara bergantung kepada warganya yang dibentuk oleh para guru.

Baginda bertitah terbukti bahawa negara yang mengutamakan agenda pendidikan serta mentakrif perbelanjaan pendidikan sebagai pelaburan yang memberi pulangan dividen besar merupakan negara yang memiliki wawasan bijak.

"Dunia hari esok dilahirkan dalam alam persekolahan hari ini dan para guru berperanan sebagai jurubina kepada sesebuah negara bangsa, para guru adalah dermawan yang amat pemurah dan pemegang amanah kepada kebajikan umum," titah baginda.

Selain itu, Sultan Nazrin bertitah guru merupakan soldadu di barisan hadapan yang bertanggungjawab untuk mencanai minda dan membentuk warga sesebuah negara, manakala sekolah adalah medan tempur penting untuk memenangi minda warga muda.

Baginda bertitah input para guru tidak boleh disisihkan ketika menggubal dasar-dasar berkaitan pendidikan kerana 'ilmu peperangan' menetapkan input daripada soldadu di medan tempur lebih berharga daripada andaian para pemikir.

Titah baginda, Putrajaya akan berupaya menggubal dasar yang lebih mantap, jika rintihan soldadu bawahan di sekolah-sekolah di pedalaman antaranya di Rancangan Penempatan Semula (RPS) Banun dan RPS Pos Kemar di Gerik serta Pos Piah dan Pos Legap di Sungai Siput diberi perhatian sewajarnya.

"Jika terdapat jurang yang terlalu jauh di antara realiti di medan tempur dengan andaian di pusat kawalan, dibimbangi dasar menjadi tempang dan arahan kelihatan songsang," titah baginda.

Baginda menarik perhatian dengan bertitah peranan berkesan sekolah dan guru di belakang cerita kejayaan negara, kurang diberikan pengiktirafan ketika ini.

"Hari ini, Malaysia diiktiraf antara negara termaju dalam kalangan negara-negara membangun yang mencapai kemerdekaan pasca Perang Dunia Kedua dan ia dijayakan kerana peranan berkesan sekolah serta guru pada hari semalam," titah Sultan Nazrin.

 

 

DYMM Sultan Nazrin's Full speech 

 

Bernama

 

 

 

Please reload

Follow Us
  • Facebook - Black Circle
  • Twitter - Black Circle
Recent Posts

Monday, October 14, 2019

Please reload

Search By Tags
This site was designed with the
.com
website builder. Create your website today.
Start Now