What we stand for

G25 is committed to pursue a just, democratic, peaceful, tolerant, harmonious, moderate and progressive multi-racial, multi cultural, multi religious Malaysia through Islamic principles of Wassatiyah (moderation) and Maqasid Syariah (well-being of the people) that affirms justice, compassion, mercy, equity.

Malaysia is to be led by rule of law, good governance, respect for human rights and upholding the institution of the country.

We aim to ensure, raise awareness, promote that Syariah laws and civil laws should work in harmony and that the Syariah laws are used within its legal jurisdiction and limits as provided for by the federal and state division of powers.

There should be rational dialogues to inform people on how Islam is used for public law and policy that effects the multi ethnic and multi religious Malaysia and within the confines of the Federal Constitution, the supreme law of the nation.

We work in a consultative committee of experts to advise the government and facilitate amendments to the state Syariah laws, to align to the Federal Constitution and the spirit of Rukun Negara.

It is imperative to achieve a politically stable, economically progressive Malaysia and to be able to enjoy the harmony, tolerance, understanding and cooperation in this multi diverse country.

Demi Malaysia, Tolak RUU355!

Sunday, May 7, 2017

Demokrasi berparlimen di negara kita telah dicabuli dengan cara yang angkuh sekali apabila ahli-ahli Parlimen terpaksa bersengkang mata sehingga jam 5 pagi pada 6 April 2017 untuk menyelesaikan rang undang-undang (RUU) kerajaan semata-mata untuk memberi peluang kepada Ahli Parlimen Marang, Dato’s Seri Hadi Awang untuk membentangkan rang undang-undang persendiriannya untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) (RUU355) pada jam 12 tengah hari, 6 April yang juga merupakan hari terakhir persidangan Parlimen.  

 

Walaupun Speaker telah menghentikan debat selepas ucapan oleh Hadi Awang dan rakannya dari Kota Baru, RUU355 masih belum gagal sepenuhnya. Hadi Awang akan terus memperjuangkan RUU ini, dan sebahagian pendukung RUU ini akan terus menyelar penentang RUU ini dengan meng”kafir”kan mereka yang Muslim dan meng”harbi”kan mereka yang bukan Muslim. RUU355 akan dibentangkan di setiap sidang Parlimen dan berpeluang untuk dipercepatkan oleh menteri, sehinggalah ia akhirnya diluluskan. Oleh itu adalah penting untuk rakyat Malaysia menyuarakan bantahan terhadap RUU ini, dan ini sebabnya.

 

Pendukung RUU355 dan agenda peluasan Syariah yang lebih besar telah menggunapakai wacana Nasionalisme Melayu-Muslim dan dekolonisasi sebagai hujah mereka. Mereka mendakwa bahawa sistem undang-undang “common law” di Malaysia yang diwarisi dari pemerintahan British ini dipaksakan ke atas negara ini oleh kuasa asing, manakala undang-undang Syariah adalah sistem yang digunapakai untuk Kesultanan Melaka dan kerajaan-kerajaan Melayu yang seterusnya.

 

Mereka berhujah bahawa meluaskan penggunaan undang-undang Syariah dapat membebaskan Malaysia dari cengkaman legasi penjajahan dan memulihkan kedaulatan umat Muslim, manakala mempertahankan sistem “common law” menandakan penjajahan minda yang berterusan. Hadi Awang, ketika menyampaikan Amanat Hadi pada tahun 1981, mengecam Barisan Nasional kerana “mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah”.

 

Pendukung-pendukung RUU355 seterusnya berhujah bahawa bidang kuasa jenayah Mahkamah Syariah, yang pada masa sekarang dihadkan kepada maksimumnya 3 tahun penjara, denda RM5,000, dan 6 sebatan rotan (had 3-5-6), yang lebih rendah berbanding dengan bidang kuasa Majistret Kelas Pertama (5 tahun penjara, denda RM10,000, dan 12 sebatan rotan), tidak boleh diterima kerana ia meletakkan Mahkamah Syariah dalam kedudukan yang lebih rendah; dan oleh itu adalah menjadi tanggungjawab semua umat Islam untuk menaikkan Mahkamah Syariah ke kedudukan yang sekurang-kurang sama dengan Mahkamah Sivil kalau bukan lebih tinggi lagi. Mereka juga menegaskan bahawa RUU ini tidak berkaitan dengan hukuman Hudud dan tidak melibatkan orang bukan Islam, oleh sebab itu orang bukan Islam tidak harus masuk terlibat dalam debat ini.

 

Kami ingin menyangkal hujah-hujah ini.

 

Pertama, Malaysia dibentuk pada tahun 1963 sebagai sebuah persekutuan yang terdiri daripada sebuah negara merdeka yang dikenali sebagai Persekutuan Tanah Melayu (bekas naungan British), dan tiga tanah jajahan British iaitu Borneo Utara (kemudiannya dikenali sebagai Sabah), Sarawak, dan Singapura. Bukan sahaja Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan sebagai sebuah persekutuan sekular dengan Islam sebagai “agama Persekutuan” memainkan peranan peristidiatan, tetapi yang lebih penting lagi, Sabah dan Sarawak, yang tidak pernah merupakan sebahagian dari ‘Negeri-Negeri Melayu’, amat berbangga dengan warisannya dalam  kepelbagaian etnik dan agama. Oleh itu, Malaysia bukanlah Persekutuan Tanah Melayu diperluaskan atau Kesultanan Melaka yang berdasarkan undang-undang Syariah dihidupkan semula.

 

Sebaliknya,

 

Malaysia adalah sebuah persekutuan sekular dengan kedaulatan undang-undang yang bertunjangkan warisan Common Law. Tidak benar dikatakan bahawa Perlembagaan Persekutuan atau Common Law adalah tidak Islamik. Kedua-dua ini memungkinkan Malaysia dibentuk pada 1963 dan masih kukuh sehingga ke hari ini.

 

Jangan lupa bahawa kebebasan beragama telah ditekankan dan dijamin semasa rundingan pembentukan Malaysia. Hukuman Hudud tidak pernah diletakkan dalam agenda. Jika isu Hudud ditimbulkan, projek Malaysia kemungkinan besar telah ditolak oleh rakyat Sabah dan Sarawak. Semangat Perjanjian Malaysia 1963 dan Perlembagaan Persekutuan – Dua statut yang menjadi sosial kontrak kepada pembentukan negara kita – mesti dihormati dan dipatuhi.

 

Kedua, sekularisme bermakna sistem perundangan mesti berdasarkan undang-undang umum yang digunapakai atas semua warganegara manakala undang-undang yang berasaskan agama atau adat boleh digunakan untuk hal ehwal peribadi dan keluarga bagi ahli-ahli komuniti yang berkenaan. Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa pentadbiran keadilan jenayah harus diuruskan oleh mahkamah sivil di samping membenarkan negeri-negeri untuk “pewujudan dan penghukuman kesalahan yang dilakukan oleh orang yang menganut agama Islam terhadap perintah agama itu, kecuali berkenaan dengan perkara dalam Senarai Persekutuan”. Maka, had 3-5-6 yang diperuntukkan oleh Akta 355 – digubal pada tahun 1965 dan dipinda pada tahun 1984 – adalah setimpal dengan skop terhad kesalahan Syariah dan bersesuaian dengan kerangka sekular Perlembagaan Persekutuan.

 

Had baru yang dicadangkan oleh RUU Hadi – 30 tahun penjara, denda RM100,000 dan 100 sebatan rotan (had 30-100-100) – hampir mencapai bidang kuasa jenayah di Mahkamah Sesyen, iaitu semua hukuman yang dibenarkan oleh undang-undang melainkan hukuman mati.

 

Apabila jenayah berat seperti merompak hanya boleh dihukum oleh Mahkamah Sesyen dengan hukuman maksimum 14 tahun penjara dan denda atau sebat, apa jenis salahlaku bersifat agama oleh orang Muslim yang harus dihukum dengan 30 tahun penjara, denda RM100,000 dan 100 sebatan rotan?

 

Ke mana perginya prinsip perkadaran yang amat penting dalam keadilan jenayah?

 

Ketiga, dakwaan bahawa RUU355 tidak ada kena-mengena dengan hukuman Hudud adalah satu pembohongan yang besar. Jika ia diluluskan dalam versi sedia ada, RUU ini akan serta-merta membenarkan pelaksanaan tiga hukuman Hudud di Kelantan dan Terengganu – 100 sebatan rotan untuk zina, 80 sebatan rotan untuk qazaf (tuduhan tidak terbukti mengenai zina dan liwat), dan 40-80 sebatan untuk minum arak. Ditambah dengan perkadaran yang tidak seimbang antara hukuman dan jenayah, tiga hukuman Hudud ini akan secara dasarnya mengubah sifat sekular sistem undang-undang sedia ada. Ini bukan sahaja bertentangan dengan perlembagaan, ia juga menghakis asas moral Malaysia sebagai sebuah persekutuan secular.

 

Keempat, intipati syariah adalah demi mencapai keadilan, rahmah sifat belasan, dan kesejahteraan manusia, bukannya untuk memenuhi perasaan bangga diri sebagai umat Islam. Aspirasi sejagat untuk mencapai keadilan adalah serasi dengan Rahmatan lil Alamin (rahmat bagi seluruh alam) yang dijanjikan oleh Islam. Usaha mulia untuk menegakkan keadilan Syariah harus menumpu kepada pencapaian Maqasih Syariah (maksud atau tujuan syariah) dan bukannya asyik untuk menjatuhkan hukuman seberat-beratnya sehingga seringkalinya tanpa mengambil kira konteks semasa. Mahkamah Syariah boleh dan patut diperkuatkan dalam banyak aspek, dari personel ke proses pengadilan sehinggalah ke penguatkuasaan keputusannya. Usaha patut dibuat untuk memperkenalkan idea-idea Maqasid Syariah yang relevan dan sejagat ke dalam fahaman undang-undang kita agar undang-undang kita menjadi lebih adil dan rahmah, dan bukannya menolak sistem undang-undang Common Law kita sebagai sistem “kafir” lalu memperluaskan bidang kuasa Mahkamah Syariah supaya dapat berasa bangga sebagai umat Muslim.

 

Kelima, propaganda bahawa RUU355 tidak akan mempengaruhi orang bukan Islam adalah menyesatkan dan tidak jujur. Apabila timbul persoalan sama ada seseorang itu orang Muslim atau tidak, mahkamah sivil telah melepaskan kuasa penghakiman ke tangan Mahkamah Syariah. Telah banyak berlaku insiden di mana Orang Asli dan Orang Asal didaftarkan secara salah sebagai orang Muslim, insiden pengislaman anak-anak oleh satu pihak apabila salah seorang dari pasangan  suami isteri bukan Muslim memeluk Islam, insiden merampas mayat oleh pihak berkuasa agama yang mendakwa bahawa yang meninggal adalah orang Muslim walaupun tanpa bukti kukuh. Memeluk Islam adalah mudah namun untuk keluar Islam adalah hampir mustahil. Dalam keadaaan sebegini, hujah bahawa undang-undang Syariah tidak mempengaruhi orang bukan Muslim adalah amat lemah.

 

Keenam, debat berkenaan pelaksanaan Syariah mesti bersifat terbuka dan penentang tidak harus dilabel “kafir harbi” atau “murtad”. Moratium ke atas Hudud dan hukuman berbentuk penderaan yang lain di dunia hari ini, yang diusulkan oleh agamawan ternama Tariq Ramadan, mesti diiktiraf sebagai salah satu pandangan yang absah. Jika penentangan terhadap RUU355 tidak mendapat ditoleransi sekarang jua, apa lagi ruang yang ada untuk berbeza pendapat jika ia diluluskan pada masa akan dating?

 

Kami menyeru semua rakyat Malaysia mempertahankan Malaysia sebagai sebuah persekutuan sekular sepertimana yang diingini dan diasaskan oleh pemimpin kita pada tahun 1963. Kami menolak sekeras-kerasnya taktik “pecah dan perintah” yang digunakan oleh pihak-pihak tertentu. Propaganda bahawa RUU355 hanya mempengaruhi Semenanjung Malaysia kerana Sabah dan Sarawak tidak melaksanakan hudud adalah menyesatkan dan tidak jujur kerana ia tidak mengambil kira fakta bahawa ratusan ribu orang Muslim dari Sabah dan Sarawak yang belajar, bekerja, tinggal atau melancong di Semenanjung Malaysia. Apabila RUU ini diluluskan, mereka tidak akan terkecuali dari tiga hukuman hudud di Kelantan dan Terengganu atau hukuman maksimum 30 tahun penjara, denda RM100,000, dan 100 sebatan yang berkemungkinan diikuti di negeri-negeri lain di Semenanjung. Mereka yang terkecuali dari undang-undang Syariah hanyalah Yang Di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu yang hanya boleh diadili oleh Mahkamah Khas di bawah Perkara 182 Perlembagaan Persekutuan, bukannya orang Muslim dari Sabah dan Sarawak.

 

Pemimpin-pemimpin Sabah dan Sarawak yang memperjuangkan pembentukan Malaysia tidak berjuang untuk sebuah persekutuan di mana hukuman bagi salah laku peribadi orang Muslim boleh dihukum lebih berat dari merompak. Mengubah kontrak perkahwinan secara bersendirian selepas 54 tahun dengan sebuah RUU yang tidak munasabah adalah salah dari segi moral dan bahaya dari segi politik.  Mereka yang memudaratkan kesejahteraan Persekutuan Malaysia untuk meraih undi akan dikutuk selama-lamanya.  

 

Demi Malaysia, dan demi mempertahankan negara kita sebagai sebuah persekutuan sekular, kita mesti tolak RUU355.

 

Penandatangan:

 

Tan Sri Datuk Seri Panglima Simon Sipaun, mantan Setiausaha Kerajaan Negeri, mantan Naib Pengerusi SUHAKAM, Sabah
 

Datuk Dr Johan Arriffin A. Samad, mantan Timbalan Pengarah Yayasan Sabah, ahli G25, Sabah
 

Datuk Amin Satem, ahli G25, Sarawak

 

Datuk Donald Peter Mojuntin, Setiausaha Agung UPKO, mantan Pembantu Menteri Kewangan, Sabah

 

Datuk James Ligunjang, mantan ADUN, Sabah

 

Datuk Jema Khan, mantan Ketua Pemuda UMNO Negeri, usahawan, Sabah

 

Datuk Stan Yee, mantan Presiden Majlis Perbandaran Kota Kinabalu, Sabah

 

Datin Fazar Arif, Sabah

 

YB Baru Bian, ADUN Bakelalan, Pengerusi PKR Negeri, Sarawak

 

Haji Amde Sidik, Timbalan Presiden SAPP, ahli akademik, Sabah

 

Haji Ramlee Dua, mantan ADUN, mantan Pegawai Daerah, Sabah

 

Adrian Yong, mantan CEO syarikat, Sabah

 

Asgari Stephens, ahli G25, usahawan, Sabah

 

Jannie Lasimbang, Ketua Wanita DAP Negeri, mantan Pesuruhjaya SUHAKAM, Sabah

 

Karen Shepherd, aktivis Sarawak 4 Sarawak, penulis, Sarawak

 

Kartina Salleh Sulong, peguam, Sabah

 

Marinah Harris Salleh, usahawan, Sabah

 

Peter John Jaban, aktivis Sarawak 4 Sarawak, Sarawak

 

Valentine Willie, mantan Presiden Persatuan Undang-undang Sabah, Sabah

 

 

The Malaysian Insight

The Star

 

 

 

Please reload

Follow Us
  • Facebook - Black Circle
  • Twitter - Black Circle
Recent Posts

Monday, October 14, 2019

Please reload

Search By Tags
This site was designed with the
.com
website builder. Create your website today.
Start Now