What we stand for

G25 is committed to pursue a just, democratic, peaceful, tolerant, harmonious, moderate and progressive multi-racial, multi cultural, multi religious Malaysia through Islamic principles of Wassatiyah (moderation) and Maqasid Syariah (well-being of the people) that affirms justice, compassion, mercy, equity.

Malaysia is to be led by rule of law, good governance, respect for human rights and upholding the institution of the country.

We aim to ensure, raise awareness, promote that Syariah laws and civil laws should work in harmony and that the Syariah laws are used within its legal jurisdiction and limits as provided for by the federal and state division of powers.

There should be rational dialogues to inform people on how Islam is used for public law and policy that effects the multi ethnic and multi religious Malaysia and within the confines of the Federal Constitution, the supreme law of the nation.

We work in a consultative committee of experts to advise the government and facilitate amendments to the state Syariah laws, to align to the Federal Constitution and the spirit of Rukun Negara.

It is imperative to achieve a politically stable, economically progressive Malaysia and to be able to enjoy the harmony, tolerance, understanding and cooperation in this multi diverse country.

RUU 355 Langgar Syariah Dakwa Bekas Pakar JAKIM

Saturday, February 25, 2017

RUU 355 Langgar Syariah Dakwa Bekas Pakar JAKIM. Seorang pakar syariah yang pernah berkhidmat sebagai penyemak penerbitan Islam dan penulis fatwa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mempertikaikan cadangan PAS mengenakan hukuman lebih berat ke atas pesalah syariah, menyifatkan ia “produk politik” untuk meraih sokongan umat Islam.

 

Nurul Haq Shahrir, kini sebahagian panel Transformasi Undang-Undang Islam di bawah Majlis Dakwah Negara, menepis dakwaan kononnya cadangan pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965, atau lebih dikenali sebagai Akta 355, bertujuan menegakkan syiar Islam.


RUU 355 Langgar Syariah Dakwa Bekas Pakar JAKIM. “Malah, ia bertentangan dengan Islam dan tidak ada kena mengena dengan syariah,” kata pakar fiqh Islam yang juga menguasai bidang perbandingan antara agama.

 

Hakikatnya, kata Nurul, usul Hadi yang bertujuan membenarkan mahkamah syariah menjatuhkan hukuman lebih berat ke atas pesalah Islam bertentangan dengan roh syarak seperti yang termaktub dalam Al-Quran dan Sunnah.

 

Nurul menyokong hujahnya berpandukan pelbagai kitab turath sarjana fiqh muktabar, dan menjelaskan hukuman tidak pernah menjadi matlamat perundangan Islam, sebaliknya nilai belas kasihan adalah tema utama dalam Syariah Islam.

 

Meskipun sesuatu undang-undang Islam digubal berdasarkan tafsiran Al-Quran dan Sunnah, Nurul berkata pelaksanaannya tidak boleh mengenepikan aspek “manfaat, keadilan, rahmah dan kebijaksanaan”.

 

Beliau memetik gambaran Al-Quran mengenai Nabi Muhammad sebagai “rahmat kepada seluruh alam”.

 

“Berdasarkan gambaran itu, dan banyak sumber kitab yang lain, boleh diandaikan bahawa rahmah merupakan matlamat keseluruhan syariah. Atas sebab itulah, pakar undang-undang Islam, untuk semua tujuan dan maksud, meletakkan syariah seiring dengan maslahah awam.

 

“Oleh kerana rahmah merupakan pemicu kepada hukum syarak, jelas ia tidak akan tercapai jika orang Islam yang menguatkuasakannya tidak disemaikan dengan sifat penting itu,” kata Nurul.

 

Beliau menambah, pindaan yang dibentangkan Hadi di Dewan Rakyat jelas bertentangan dengan tuntutan syarak tersebut.

 

Katanya, sikap tergesa-gesa mengenakan dan meningkatkan hukuman tidak selari dengan “rahmat Tuhan”.

 

“Oleh itu, pindaan kepada Akta 355 yang mahu mengenakan hukuman yang lebih berat adalah bertentangan dengan roh syarak.”

 

Beliau berkata, sekiranya syariah diperakui sebagai manifestasi rahmah dan keadilan, cadangan Hadi untuk menghadkan skop undang-undang kepada orang Islam menunjukkan sikap hipokrit.

 

“PAS dan Hadi mahu menjadikan orang Islam mangsa demi kepentingan politik mereka.

 

“Mereka tidak telus dengan kepercayaan mereka. Ini kerana skop syariah, yang berdasarkan kepada ‘keadilan’, tidak mengecualikan orang bukan Islam dan tidak pernah terhad kepada orang Islam sahaja.”

 

Beliau berkata ciri utama undang-undang Islam yang sering diperkatakan – mengutamakan kepentingan awam – menunjukkan syariah bukan sekadar berdasarkan keimanan Islam tetapi juga nilai murni yang diamalkan bukan Islam.

 

“Ini bermakna undang-undang digubal berdasarkan kepada maslahah awam dan nilai sejagat yang tidak khusus kepada Islam sahaja, kerana maslahah awam diketahui secara rasional dan uruf dan juga dikecapi oleh orang bukan Islam.

 

“Semuanya menjurus kepada matlamat utama syariah, iaitu belas kasihan,” kata Nurul, yang mempelajari bidang perbandingan agama dan menguasai 7 bahasa termasuk bahasa Arab, Yunani, Ibrani dan Latin.

 

Pimpinan PAS sebelum ini membidas mereka yang mengkritik usul Hadi, dengan alasan orang Islam berhak mengamalkan agama mereka berdasarkan apa yang didakwa sebagai undang-undang diwahyukan Tuhan.

 

Usul Hadi boleh diluluskan jika ia mendapat sokongan ahli Parlimen beragama Islam di Dewan Rakyat, walaupun ramai wakil rakyat Islam di kedua belah pihak mempunyai kesangsian yang kuat.

 

Usul Hadi pertama kali dibentangkan pada Mei tahun lepas, dan sekali lagi dibentangkan pada November, mencadangkan hukuman lebih keras daripada sedia ada.

 

Pindaan itu mahu meningkatkan hukuman penjara ke atas pesalah syariah daripada 3 tahun kepada 30 tahun, denda RM5,000 kepada RM100,000, dan daripada maksima 6 kepada 100 sebatan rotan.

 

RUU 355 Langgar Syariah Dakwa Bekas Pakar JAKIM. Pada 18 Februari, ribuan penyokong PAS berhimpun di ibu negara sepanjang hari bagi menyatakan sokongan kepada usul Hadi. Pimpinan PAS berkata ia merupakan petanda sokongan kuat umat Islam negara ini terhadap syariah.

 

Penjelasan penuh Nurul dalam Bahasa Inggeris boleh di SINI.


Addindeen.com

 

 

Please reload

Follow Us
  • Facebook - Black Circle
  • Twitter - Black Circle
Recent Posts

Monday, October 14, 2019

Please reload

Search By Tags
This site was designed with the
.com
website builder. Create your website today.
Start Now