What we stand for

G25 is committed to pursue a just, democratic, peaceful, tolerant, harmonious, moderate and progressive multi-racial, multi cultural, multi religious Malaysia through Islamic principles of Wassatiyah (moderation) and Maqasid Syariah (well-being of the people) that affirms justice, compassion, mercy, equity.

Malaysia is to be led by rule of law, good governance, respect for human rights and upholding the institution of the country.

We aim to ensure, raise awareness, promote that Syariah laws and civil laws should work in harmony and that the Syariah laws are used within its legal jurisdiction and limits as provided for by the federal and state division of powers.

There should be rational dialogues to inform people on how Islam is used for public law and policy that effects the multi ethnic and multi religious Malaysia and within the confines of the Federal Constitution, the supreme law of the nation.

We work in a consultative committee of experts to advise the government and facilitate amendments to the state Syariah laws, to align to the Federal Constitution and the spirit of Rukun Negara.

It is imperative to achieve a politically stable, economically progressive Malaysia and to be able to enjoy the harmony, tolerance, understanding and cooperation in this multi diverse country.

Keliru RUU355?!

Sunday, February 12, 2017

 

 

 

 

Dr. MAZA menjawab "tuduhan & label" terhadap beliau sebagai "KELIRU" tentang RUU355& H355,,,

Apakah Yang Mengelirukan? 

 

Pemimpin parti politik tertentu sensitif apabila saya menyebut bahawa jangan fikir keindahan Islam itu hanyalah apabila dipotong tangan pencuri, direjam dengan batu penzina, dipancung orang yang dituduh murtad. Semua hukuman itu memerlukan suasana, syarat dan ijtihad yang lebih luas. Nabi s.a.w dalam sirah baginda mendahului kebaikan rakyat sebelum hukuman. Jangan hanya nanti sibuk hendak memotong tangan pencuri basikal tetapi membisu pabila orang yang mencuri berjuta-juta harta awam.

 

Keindahan Islam itu lahir dari keindahan akhlak, kebajikan rakyat, urus tadbir yang baik, menjaga kebersihan, menjaga alam sekitar, menjaga hak rakyat, hak kanak-kanak, hak wanita dan segala macam lagi. Nas-nas agama dalam hal-hal itu jauh lebih banyak dan diutamakan dibandingkan sebahagian hukum yang cuba dibawa oleh mereka. Dunia Islam hari ini  dipandang hina bukan kerana pencuri tidak dipotong tangan, penzina tidak direjam atau tidak dipancung orang murtad. Dunia maju yang bermatian pelarian muslim lari kepada mereka bukan kerana mereka menjalankan undang-undang tersebut. Sebaliknya kerana mereka menjalankan urus tadbir yang baik. Negara mereka indah sebab mereka tidak 'menebang balak' sesuka hati. Amanah harta pemimpin mereka jauh lebih baik dari kebanyakan negara umat Islam. Rakyat mereka hidup dengan banyak hak dan kebajikan rakyat dijaga.


Sejak bertahun lamanaya saya telah memberikan pandangan yang sama. Bukan baru.

Dukacitanya, dalam dunia umat Islam ada golongan yang tidak dapat melihat Islam melainkan asyik tertumpu kepada isu hudud. Seakan itulah yang hendak ditonjolkan oleh Nabi s.a.w. Mereka ini sebenarnya menjadikan dunia membenarkan dakwaan Donald Trump. 

 

Kata pemimpin tertentu parti berkenaan pandangan saya itu mengelirukan dan ada unsur liberal. 

Saya ingin beritahu beliau, sebenarnya yang mengelirukan itu ialah apabila agama dipolitikkan. Ataupun akidah umat dijadikan taruhan politik.

 

Tahukah kamu apakah yang mengelirukan itu?

 

Yang mengelirukan itu ialah apabila dahulu parti anda mengkafirkan orang yang berbeza parti sehingga ada yang bercerai berai, tidak makanan sembelihan, solat dua imam, bahkan sehingga ada yang mati terkorban kononnya syahid menentang berbeza parti.


Kemudian, hari ini semuanya sudah berbeza. Padahal parti yang dikafirkan itu tetap sama, bahkan sebahagian besar pemimpin juga tetap sama.

 

Yang mengelirukan ialah apabila parti anda menyebut 'perlembagaan kita adalah perlembagaan penjajah, kafir dan jahiliah. 


Kemudian hari ini anda menyebut kita menjunjung dan menghormati perlembagaan. 

Betapa ramai yang telah menjadi korban oleh fatwa dan amanat parti anda itu?!

 

Yang mengelirukan ialah ketika anda berbaik dengan parti tertentu anda memberi seribu dalil kelebihan parti-parti tersebut. Kemudian apabila anda bertelagah anda menjadikan mereka munafik, keluar jamaah Islam mati jahiliah, musuh Islam dan sebagainya. 

 

Yang mengelirukan itu ialah apabila ketika anda memenangi beberapa negeri dahulu anda menyatakan hudud bukan keutamaan. Bahkan anda menyatakan 'selesai masalah pengangguran dulu baru hudud'. Kemudian anda menyatakan sesat, liberal ataupun anti-Islam sesiapa yang mengungkapkan hal yang sama.

 

Anda yang menuduh orang itu dan ini murtad, kemudian anda ingin buat undang-undang murtad?!! Berkepentingan!!!

 

Jika hendak disenaraikan yang mengelirukan memanglah banyak. Maka, janganlah mempolitikkan agama yang luhur ini. Ia akan benar-benar mengelirukan.

 

Hari ini anda sesatkan orang yang enggan menyokong usul anda, esok mungkin anda jadikan dia jadi wali Allah pula apabila 'angin politik' anda berubah?!

 

Itu belum lagi kita bincang ceramah parti anda yang penuh maki hamun, mengkafirkan, menuduh sesat, kufur, tanam di kubur kafir, keluar parti keluar jamaah Islam maka tercabut Islam dan lain-lain.

 

Dr Maza FB post

 

Related:

FMT - Selepas serang PAS, Asri kirim video Qaradawi tentang Hudud

 

Dr Maza FB Post 18 Feb 2017

 

Inilah Cara Rasulullah s.a.w

 

Dalam hadis Muslim, seorang lelaki datang kepada Nabi saw dan berkata 


َيا رسولَ اللهِ ! إني عالجتُ امرأةً في أقصى المدينةِ . وإني أصبتُ منها ما دون أن أمسَّها . فأنا هذا . فاقضِ فيَّ ما شئتَ . فقال له عمرُ : لقد سترك اللهُ ، لو سترتَ نفسك . قال فلم يُردَّ النبيُّ صلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ شيئًا . فقام الرجلُ فانطلق . فأتبعه النبيُّ صلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ رجلًا دعاه ، وتلا عليه هذه الآيةَ : أَقِمِ الصَّلاَةَ طَرَفَيِ النَّهَارِ وَزُلَفًا مِنَ الّليْلِ ، إِنَّ الْحَسَنَاتِ يُذْهِبْنَ السَّيِّئَاتِ ذَلِكَ ذِكْرَى لِلذَّاكِرِينَ [ 11 / هود / 114 ] . فقال رجلٌ من القومِ : يا نبيَّ اللهِ ! هذا له خاصَّةً ؟ قال " بل للناسِ كافَّةً " . وفي رواية : يا رسولَ اللهِ ! هذا لهذا خاصَّةً ، أو لنا عامةً ؟ قال " بل لكم عامَّةً " .

 

“Wahai Rasulullah, aku mengubati seorang wanita di hujung bandar. Aku telah melakukan kepadanya (seks), cuma aku tidak menyetubuhinya. Inilah aku, maka hukumlah aku apa yang engkau mahu.”
Lalu ‘Umar (Ibn Khattab) berkata kepadanya:


“Allah telah tutupi keaibanmu jika engkau menutupi dirimu”.
Nabi saw tidak berkata apa-apa. Lalu lelaki itu bangun dan pergi. Nabi saw menyuruh seorang lelaki memanggilnya dan membaca kepadanya firman Allah: (maksudnya)


“Dan dirikanlah sembahyang pada dua bahagian siang (pagi dan petang), dan pada waktu-waktu yang berhampiran dengannya dari malam. Sesungguhnya kebaikan itu menghapuskan kejahatan. Perintah-perintah Allah yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang-orang yang mahu beringat” (Surah Hud ayat 114).


Maka ada seorang bertanya:


“Wahai Nabi Allah, ini khas untuknya sahajakah?


Jawab Nabi saw:


“Bahkan untuk manusia keseluruhannya”.

 

Demikianlah hadis ini menggambarkan Nabi SAW tidak mendedahkan keaiban orang lain selagi keburukan itu tidak dilakukan secara terang-terang. Juga, amalan soleh seperti solat boleh menghapuskan keburukan yang dilakukan. Ya, Islam memang mengharamkan zina dan maksiat seks. Namun, Islam juga mengharamkan mendedahkan aib orang lain yang bersifat peribadi dan tidak mengancam keselamatan awam dan empunya berusaha menutupinya.

 

 

 

 

Please reload

Follow Us
  • Facebook - Black Circle
  • Twitter - Black Circle
Recent Posts

Monday, October 14, 2019

Please reload

Search By Tags
This site was designed with the
.com
website builder. Create your website today.
Start Now