What we stand for

G25 is committed to pursue a just, democratic, peaceful, tolerant, harmonious, moderate and progressive multi-racial, multi cultural, multi religious Malaysia through Islamic principles of Wassatiyah (moderation) and Maqasid Syariah (well-being of the people) that affirms justice, compassion, mercy, equity.

Malaysia is to be led by rule of law, good governance, respect for human rights and upholding the institution of the country.

We aim to ensure, raise awareness, promote that Syariah laws and civil laws should work in harmony and that the Syariah laws are used within its legal jurisdiction and limits as provided for by the federal and state division of powers.

There should be rational dialogues to inform people on how Islam is used for public law and policy that effects the multi ethnic and multi religious Malaysia and within the confines of the Federal Constitution, the supreme law of the nation.

We work in a consultative committee of experts to advise the government and facilitate amendments to the state Syariah laws, to align to the Federal Constitution and the spirit of Rukun Negara.

It is imperative to achieve a politically stable, economically progressive Malaysia and to be able to enjoy the harmony, tolerance, understanding and cooperation in this multi diverse country.

RUU355: Konsepnya ada percanggahan - pensyarah

Sunday, February 12, 2017

KUALA LUMPUR: Umat Islam di negara ini wajar diberikan kebebasan untuk dibicarakan mengikut perundangan sivil atau menerusi hukum Allah, iaitu hudud, kata Pensyarah Sains Politik, Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Dr Ahmad Fauzi Abdul Hamid.

 

Beliau yang mempersoalkan mekanisme Rang Undang-Undang (RUU), Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) Pindaan 2016 (RUU355), berkata mengikut inti pati hukum hudud yang ingin dibentuk, penganut bukan Islam dikecualikan daripada dibicarakan mengikut perundangan Allah. "Ini menimbulkan persoalan terhadap hasrat itu, sedangkan Allah menjelaskan Islam itu adalah rahmat untuk semua, justeru wujud percanggahan konsep.

 

"Sehubungan itu, tidak perlu paksa umat Islam dengan memberi kebebasan kepada mereka untuk memilih perbicaraan mengikut hukum Allah, iaitu hudud atau sebaliknya," katanya disahut tepukan beberapa kelompok hadirin di Rumah Kelab Persatuan Alumni Universiti Malaya (PAUM), di sini hari ini. Beliau mengemukakan pandangan itu di forum 'Sejauh Mana Anda Memahami Hudud', anjuran Angkatan Amanah Merdeka Malaysia, iaitu pertubuhan bukan kerajaan (NGO) diasaskan Ahli Parlimen Gua Musang, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah. Selain Ahmad Fauzi, panel undangan forum itu dibarisi Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan Pensyarah Undang-Undang, Universiti Malaya, Emeritus Prof Dr Shad Saleem Faruqi.

 

Mohd Asri berkata, usaha penambahbaikan seperti mengurangkan kadar rasuah dan penyelewengan kuasa lebih penting untuk dilaksanakan ketika ini berbanding meminda RUU355. "Macam mana kerajaan dan pihak berkuasa nak laksanakan undang-undang hudud jika persepsi negatif dalam kalangan masyarakat masih menebal. "Sudah tentu masyarakat akan beranggapan wujud unsur pilih kasih, kononnya kerajaan hanya mahu melaksanakan hukuman sosial yang melingkari kehidupan rakyat.

 

"Ini akan menjurus kepada ketidakpercayaan rakyat kerana mereka fikir seolah-olah rasuah dan penyelewengan kuasa bukan isu pokok," katanya. Shah Saleem berkata, inti pati RUU355 yang diusul Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Hadi Awang bercanggah dengan semangat Perlembagaan Persekutuan.

 

Katanya, percanggahan itu akan mewujudkan sistem kehakiman dua aliran, sekali gus mencetuskan ketidaksaksamaan dalam mengadili sebarang kes jenayah yang dibawa ke mahkamah. "Solidariti untuk martabatkan agama Allah adalah betul, namun pelaksanaannya menerusi pindaan RUU355 tidak selari dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan," katanya.


Berita Harian

 

 

Please reload

Follow Us
  • Facebook - Black Circle
  • Twitter - Black Circle
Recent Posts

Thursday, March 26, 2020

Friday, March 13, 2020

Friday, March 13, 2020

Please reload

Search By Tags
This site was designed with the
.com
website builder. Create your website today.
Start Now