What we stand for

G25 is committed to pursue a just, democratic, peaceful, tolerant, harmonious, moderate and progressive multi-racial, multi cultural, multi religious Malaysia through Islamic principles of Wassatiyah (moderation) and Maqasid Syariah (well-being of the people) that affirms justice, compassion, mercy, equity.

Malaysia is to be led by rule of law, good governance, respect for human rights and upholding the institution of the country.

We aim to ensure, raise awareness, promote that Syariah laws and civil laws should work in harmony and that the Syariah laws are used within its legal jurisdiction and limits as provided for by the federal and state division of powers.

There should be rational dialogues to inform people on how Islam is used for public law and policy that effects the multi ethnic and multi religious Malaysia and within the confines of the Federal Constitution, the supreme law of the nation.

We work in a consultative committee of experts to advise the government and facilitate amendments to the state Syariah laws, to align to the Federal Constitution and the spirit of Rukun Negara.

It is imperative to achieve a politically stable, economically progressive Malaysia and to be able to enjoy the harmony, tolerance, understanding and cooperation in this multi diverse country.

Agama tanpa faham etika, punca umat Islam mendahului masalah sosial

PETALING JAYA: Pendidikan agama tanpa pemahaman betul mengenai nilai dan falsafah moral di sebaliknya tidak mampu menangani seks di luar nikah di kalangan pasangan Islam, menurut seorang aktivis.

Dr Ahmad Farouk Musa, yang mengepelai Islamic Renaissance Front, berkata sekiranya pendidikan agama dijadikan ukuran, bilangan anak luar nikah di kalangan pasangan Islam secara logiknya lebih rendah daripada bukan Islam.

“Saya tidak ada statistik semasa, tetapi pada 2012, lebih 50% daripada anak luar nikah adalah keturunan Melayu.

“Jika dilihat kurikulum sekolah, murid Islam sudah pun mengikuti pendidikan Islam sementara bukan Islam pendidikan moral,” katanya kepada FMT.

Beliau mengulas laporan Berita Harian semalam memetik statistik Jabatan Pendaftaran Negara yang menunjukkan 159,725 bayi luar nikah dilahirkan ibu beragama Islam sejak 2013.

Ia mengundang komen Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) yang berpendapat masalah itu berpunca daripada pendidikan agama dan moral yang cetek, di samping mencadangkan Kementerian Pelajaran meningkatkan jumlah masa pengajaran Pendidikan Islam dan Moral di semua peringkat sekolah.

Dr Farouk bagaimanapun berkata pendidikan agama seperti yang diajar sekarang perlu dinilai semula dari segi kekurangannya.

“Kita sekarang lebih berminat tentang halal dan haram, bukan soal etika atau akhlak, atau nilai falsafah di sebalik sesuatu ibadah,” katanya, sambil memberi contoh bagaimana umat Islam zaman ini tidak mengendahkan perihal kebersihan walaupun ia ditekankan sebelum apa-apa ibadat ritual.

“Puncanya adalah kerana kita tidak faham etika dan moral di sebalik ajaran itu.

“Kita belajar mengenai ibadat tetapi bukan mengenai nilai falsafah dan moralnya, lalu kita tidak menterjemahkannya ke dalam kehidupan harian dan itulah kekurangan dalam masyarakat ini,” kata Dr Farouk.

Menurutnya, dalam menangani masalah hamil di luar nikah, ia memerlukan kaedah dalam pelbagai bidang disiplin termasuk pendidikan seks.

Katanya, ramai remaja masih jahil mengenai kehamilan, dan amat penting isu itu ditangani secara terbuka termasuk memberi mereka pengajaran mengelakkan kehamilan dan mengawal diri.

Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) bersetuju diperkenalkan pendidikan seks sebagai subjek tersendiri di peringkat sekolah sehingga pengajian tinggi.

Pegawai komunikasi WAO Tan Heang-Lee berkata pendidikan seks sering disalah tafsir sebagai sesuatu yang mendorong kelakuan seks di kalangan orang muda.

“Sebaliknya, pendidikan seks menggalakkan keputusan bertanggungjawab dalam perkara mengenai kesihatan seksual,” katanya kepada FMT.

Tan berkata penggunaan produk kontrasiptif dan mencegah kehamilan perlu diperluaskan.

Menurutnya, penggunaan ubat cegah kehamilan di Malaysia adalah di bawah purata negara Asia Tenggara lain, iaitu pada 57.1% di kalangan wanita berkahwin, sedangkan purata penggunaannya pada kadar 64% di rantau ini.



FMT

Follow Us
  • Facebook - Black Circle
  • Twitter - Black Circle
Recent Posts
Search By Tags
This site was designed with the
.com
website builder. Create your website today.
Start Now