What we stand for

G25 is committed to pursue a just, democratic, peaceful, tolerant, harmonious, moderate and progressive multi-racial, multi cultural, multi religious Malaysia through Islamic principles of Wassatiyah (moderation) and Maqasid Syariah (well-being of the people) that affirms justice, compassion, mercy, equity.

Malaysia is to be led by rule of law, good governance, respect for human rights and upholding the institution of the country.

We aim to ensure, raise awareness, promote that Syariah laws and civil laws should work in harmony and that the Syariah laws are used within its legal jurisdiction and limits as provided for by the federal and state division of powers.

There should be rational dialogues to inform people on how Islam is used for public law and policy that effects the multi ethnic and multi religious Malaysia and within the confines of the Federal Constitution, the supreme law of the nation.

We work in a consultative committee of experts to advise the government and facilitate amendments to the state Syariah laws, to align to the Federal Constitution and the spirit of Rukun Negara.

It is imperative to achieve a politically stable, economically progressive Malaysia and to be able to enjoy the harmony, tolerance, understanding and cooperation in this multi diverse country.

Komentar G25 Berhubung Dengan Kenyataan Mufti Pahang

Friday, July 1, 2016

G25 amat kesal dengan kenyataan Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman berhubung dengan DAP dan kafir harbi. Pada kami kenyataan Mufti Pahang ini amat merbahaya, mengelirukan dan bercanggah dengan semangat perlembagaan persekutuan. Kami menyatakan demikian berasaskan fakta-fakta berikut:

 

Istilah kafir harbi adalah istillah yang merujuk kepada orang-orang kafir yang derhaka kepada Negara bangsa Madinah dalam zaman Rasulullah SAW dahulu. Jiwa Negara bangsa majmuk Madinah yang dibina Rasulullah SAW dan para sahabat pada keseluruhannya berasaskan semangat Al-Quran Surah Al Saba’ ayat 15 yang membawa erti kepada “sebuah Negara yang baik dan diampuni oleh Allah SWT” secara komprehensif.

 

Sudah tentu jiwa dan semangat Negara bangsa demikian banyak berbeza dengan jiwa dan semangat Negara bangsa majmuk  Malaysia kini. Mufti Pahang dan juga ulama lain perlu memahami bahawa dalam sistem demokrasi berperlembagaan yang kita amalkan semenjak merdeka, DAP dan semua parti politik, bahkan semua kumpulan sukarelawan diberi kebebasan menyuarakan agenda perjuangan masing-masing asalkan ia tidak menderhaka kepada Raja dan Negara dan tidak melanggar perundangan negara samada jenayah atau keselamatan dalam negeri. G25 tidak nampak parti-parti politik dan pertubuhan masyarakat atau "civil society" menjalankan aktiviti yang melanggar perlembagaan negara dan undang-undang di bawahnya. Sesungguhnya perjuangan mereka dan juga perjuangan G25 untuk menegakkan prinsip-prinsip "good governance" dan hak kebebasan manusia yang lengkap dengan ciri-ciri positif seperti integriti, ketulusan dan bertanggungjawab atau "integrity, transparency and accountability" adalah sifat-sifat murni yang disanjung tinggi oleh Islam demi menjamin keamanan dan kemakmuran negara dan rakyatnya. Pucuk kepimpinan Negara dan DYMM Yang di-Pertuan Agong sendiri telah beberapa kali mengakui bahawa prinsip-prinsip murni ini perlu diamalkan dan ditanam di dalam sistem pentadbiran kerajaan.

 

Nyata sekali DAP adalah sebuah Parti politik yang sah dan halal di sisi perlembagaan negara. Menuduh parti ini kafir harbi yang pula kalaulah dilihat secara literal dan sepintas lalu boleh membawa maksud kepada parti yang derhaka kepada negara bangsa tanpa fakta-fakta secara holistik dan konkrit. Justeru kerana itu, tuduhan demikian adalah suatu tuduhan yang tidak berasas dan tidak bertanggungjawab. Ironinya tuduhan demikian datang daripada seorang yang berkedudukan tinggi dalam agama seperti Mufti.

 

Yang terlalu membimbangkan, tuduhan Mufti Pahang ini  adalah sama dengan seruan  kumpulan  militan seperti Islamic State (IS), yang  menggunakan agama sebagai alat pengganasan mereka untuk merampas kuasa dan mendirikan sistem kerajaan mengikut fahaman Islam ekstremis. Mengikut kumpulan seperti ini, adalah halal mengambil darah orang agama lain atau mereka yang mempunyai fikiran lain tentang Islam. Kefahaman ini sangat merbahaya bagi negara kita yang berbilang kaum dan agama dan justeru itu, pihak kerajaan khususnya polis perlu mengambil tindakan keras dengan segera.

 

Berasas kepada fakta-fakta di atas, G25 meminta pihak berkuasa khususnya pihak Polis memandang serius terhadap kenyataan Mufti Pahang ini. Kami berharap kenyataan yang negatif yang boleh mengundang provokasi di antara kaum dan agama seperti ini tidak berulang lagi di negara kita yang tercinta ini.

 

The Malay Mail (Projek MMO)

 

The Malay Mail 

 

Malaysiakini (BM)

 

Malaysiakini

 

The Star

 

 

 

Please reload

Follow Us
  • Facebook - Black Circle
  • Twitter - Black Circle
Recent Posts

Monday, October 14, 2019

Please reload

Search By Tags
This site was designed with the
.com
website builder. Create your website today.
Start Now