What we stand for

G25 is committed to pursue a just, democratic, peaceful, tolerant, harmonious, moderate and progressive multi-racial, multi cultural, multi religious Malaysia through Islamic principles of Wassatiyah (moderation) and Maqasid Syariah (well-being of the people) that affirms justice, compassion, mercy, equity.

Malaysia is to be led by rule of law, good governance, respect for human rights and upholding the institution of the country.

We aim to ensure, raise awareness, promote that Syariah laws and civil laws should work in harmony and that the Syariah laws are used within its legal jurisdiction and limits as provided for by the federal and state division of powers.

There should be rational dialogues to inform people on how Islam is used for public law and policy that effects the multi ethnic and multi religious Malaysia and within the confines of the Federal Constitution, the supreme law of the nation.

We work in a consultative committee of experts to advise the government and facilitate amendments to the state Syariah laws, to align to the Federal Constitution and the spirit of Rukun Negara.

It is imperative to achieve a politically stable, economically progressive Malaysia and to be able to enjoy the harmony, tolerance, understanding and cooperation in this multi diverse country.

Pernyataan G25 ke atas Penyataan Media Dato’ Seri Najib mengenai Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah


Dalam suatu tindakan yang luar biasa pada Khamis (26 Mei 2016) yang lalu, Kerajaan telah membentangkan suatu usul untuk menangguh urusannya di Dewan Rakyat kerana bertujuan mendahulukan suatu Rang Undang-Undang Persendirian yang dikemukakan oleh Presiden Pas, Dato’ Seri Hj. Abdul Hadi Awang (Ahli Parlimen Marang). Usul untuk memberi laluan kepada Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidangkuasa Jenayah)(Pindaan) 2016 (‘Rang Undang-Undang Hadi) ini telah dibentangkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Sri Azalina Othman.

Perdana Menteri di dalam suatu pernyataan sidang media telah menafikan yang Rang Undang-Undang itu bertujuan untuk melaksanakan undang-undang jenayah Syariah, iaitu, hudud. Beliau dilaporkan telah berkata –

Kita sudah beritahu rakan-rakan kita dalam Barisan Nasional bahawa, pertama, ada salah faham yang besar .... saya hendak terangkan bahawa pindaan tersebut tidak merupakan undang-undang hudud. Ia merupakan peningkatan hukuman. Daripada enam kali rotan kepada beberapa kali tertakluk kepada kesalahan tertentu (Sinar TV 27 Mei 2016)

Kami, ahli-ahli G25, tidak dapat terima tegasan Dato’ Seri Najib dalam sidang medianya pada hari Jumaat 27 Mei 2016 bahawa Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidangkuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 (‘Rang Undang-Undang Hadi’) tersebut tidak ada kena mengena dengan perlaksanaan hudud.

Sungguhpun kami perhatikan bahawa Rang Undang-Undang itu secara khususnya menyatakan bahawa Mahkamah Syariah tidak dibenarkan menjatuh hukuman mati, namun, penting diperhatikan bahawa Rang Undang-Undang itu, secara umumnya, membenarkan Mahkamah Syariah menjatuhkan apa jua jenis hukuman yang lain. Oleh itu, kemungkinan ada pihak yang akan mengenengahkan hujahan bahawa, secara implikasi, Rang Undang-Undang itu membenarkan Badan Perundangan Negeri-Negeri untuk memberi kuasa kepada Mahkamah Syariah untuk menjatuhkan apa jua jenis hukuman asalkan bukan hukuman mati (misalnya, 100 kali sebatan untuk seseorang yang belum kahwin yang didapati bersalah atas kesalahan zina; atau hukuman potong tangan untuk kesalahan mencuri).

Untuk memahami tujuan disebaliknya, Rang Undang-Undang Hadi tidak boleh dilihat secara bersendirian. Adalah diketahui umum bahawa Parti PAS dan Kerajaan Negeri Kelantan bertujuan untuk melaksanakan hudud, dan, malah, Dewan Undangan Negeri Kelantan telah pun pada tahun 2015 meluluskan Rang Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah II (1993) 2015. Rang Undang-Undang 2015 Negeri Kelantan ini memperuntukkan hukuman hudud untuk kesalahan-kesalahan seperti zina, mencuri, merompak, liwat, minum arak dan murtad. Tetapi, Akta Mahkamah Syariah (Bidangkuasa Jenayah) 1995 tidak membenarkan Mahkamah Syariah untuk menjatuhkan hukuman-hukuman hudud. Ini bermakna undang-undang persekutuan ini merupakan suatu halangan bagi Negeri Kelantan untuk menjadikan Rang Undang-Undang hudud 2015nya sebagai suatu Enakmen Negeri yang sah. Oleh itu, adalah perlu untuk Kerajaan Negeri Kelantan memohon kepada Parlimen untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidangkuasa Jenayah) 1995. Dan, kerana inilah datang muncul Rang Undang-Undang Hadi.

Bahawa tegasan Dato’ Seri Najib semasa sidang medianya adalah tidak benar terbongkar apabila kita rujuk kepada kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi, bahawa Rang Undang-Undang Hadi bukan bertujuan untuk membuat suatu undang-undang baharu tetapi untuk memberi kuasa kepada Mahkamah Syariah untuk melaksanakan hudud di Negeri Kelantan (MStar, Khamis 26 Mei, 2016 ‘RUU Hudud Hanya Terpakai Kepada Umat Islam Di Kelantan - Zahid’). Kepercayaan kami bahawa Rang Undang-Undang Hadi sememangnya ada kaitan dengan Rang Undang-Undang hudud 2015 Kelantan menjadi bertambah kuat dengan terdapatnya laporan media bahawa Menteri Besar Kelantan, Datuk Haji Ahmad Yakob, telah menggesa semua Ahli Parlimen yang beragama Islam supaya menyokong Rang Undang-Undang Hadi sekiranya ianya dibahaskan di persidangan Parlimen yang akan datang (Dato’ Seri Hadi telah berjaya dalam permohonannya supaya Parlimen menangguhkan perbahasan usulnya ke Oktober 2016). (Sila lihat Laporan Malay Mail Online bertarikh 27 Mei, 2016 (‘Kelantan MB wants Muslim MP’s to back Hudud Bill’)

Kami, kumpulan G25, dengan tanpa ragu-ragu, membantah Rang Undang-Undang Hadi dan Rang Undang-Undang hudud 2015 Kelantan. Walaupun Perkara 3, Perlembagaan Persekutuan, mengisytiharkan bahawa Islam adalah agama rasmi Persekutuan, namun, dari segi Perlembagaan, Malaysia adalah sebuah negara sekular, sepertimana di bayangkan oleh nenek moyang kami dan juga oleh penggubal Perlembagaan Persekutuan. Malaysia adalah sebuah Negara berbilang agama, berbilang kaum dan berbilang budaya. Oleh itu, hudud adalah tidak sesuai dan tidak akan diterima oleh majoriti besar masyarakat Malaysia. Tambah lagi, undang-undang seperti Rang Undang-Undang hudud 2015 Kelantan melanggari Perlembagaan Persekutuan (Perkara 8, hak sama rata di sisi undang-undang); kerana orang Islam di Kelantan akan tertakluk kepada dua sistem perundangan: hudud dan Kanun Keseksaan.

Adalah juga dikhuatiri bahawa, andainya Rang Undang-Undang Hadi ini diluluskan oleh Parlimen, ianya akan membuka laluan kepada Negeri-Negeri lain untuk memperkenalkan hudud serta hukuman-hukuman yang lebih berat. Oleh itu, Rang Undang-Undang ini mempunyai implikasi jangka panjang serta mendalam.

Kami menggesa Kerajaan Negeri Kelantan supaya memberi tumpuan kepada usaha memperbaiki kehidupan rakyat Kelantan, sebuah negeri yang termiskin sekali di Semenanjung Malaysia dan mempunyai gejala sosial yang tertinggi sekali, daripada taksub dengan hudud. Tentu sekali Kerajaan Negeri Kelantan tidak perlu diperingatkan bahawa Nabi Muhammad SAW dan Khulafa Ar-Rasyidin selepasnya sentiasa menitikberatkan kebajikan rakyat dan bukannya mengamal suatu pemerintahan yang asyik dengan soal menghukum.

Kami, di G25, berpendapat bahawa Kerajaan mempunyai kewajipan fidusiari dan moral terhadap rakyat untuk membina Malaysia supaya menjadi sebuah negara makmur dan bahagia. Apa yang lebih penting demi kehidupan dan kebahagiaan rakyat ialah pemerintahan yang baik serta wujudnya suasana aman damai dan stabil, dan semua rakyat berasa masa depan mereka terjamin. Pemerintahan yang baik, pemimpin yang jujur serta bertanggungjawab, pemimpin sosial dan pemimpin politik yang bersikap mengambil berat atas masalah orang-orang miskin dan kurang bernasib baik, adalah nilai-nilai murni yang harus diuatamakan kerana nilai-nilai ini adalah perlu untuk kemajuan ekonomi dan sosial negara. Pemimpin-pemimpin negara ini sepatutnya menumpukan perhatian mereka ke atas tanggungjawab ini, daripada bermain politik merbahaya dengan hudud.

Kami seterusnya menyeru semua rakyat Malaysia untuk menolak Rang Undang-Undang ini supaya keharmonian kaum dan agama terpilihara dan negara kita dapat maju serta mencapai visi kita untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang bersatu, sederhana dan bahagia.

Artikel:

Usul Hadi boleh benarkan Kelantan laksana hukum potong tangan, kata G25, FMT

Usul RUU Hadi akan menjurus kepada hudud - G25, Malaysiakini

Kami tolak usul Hadi, hudud Kelantan — G25, The Malay Mail

Artikel Berkaitan:

Bukan hanya hudud, tetapi perangi jenayah akidah, Sinar Harian

Tidak sokong pindaan RUU sebab buka jalan hudud, Sinar Harian

Dr Mahathir kata RUU Abdul Hadi tidak Islamik, Sinar Harian

Teliti inti pati RUU Persendirian, Sinar Harian

Follow Us
  • Facebook - Black Circle
  • Twitter - Black Circle
Recent Posts
Search By Tags
This site was designed with the
.com
website builder. Create your website today.
Start Now