What we stand for

G25 is committed to pursue a just, democratic, peaceful, tolerant, harmonious, moderate and progressive multi-racial, multi cultural, multi religious Malaysia through Islamic principles of Wassatiyah (moderation) and Maqasid Syariah (well-being of the people) that affirms justice, compassion, mercy, equity.

Malaysia is to be led by rule of law, good governance, respect for human rights and upholding the institution of the country.

We aim to ensure, raise awareness, promote that Syariah laws and civil laws should work in harmony and that the Syariah laws are used within its legal jurisdiction and limits as provided for by the federal and state division of powers.

There should be rational dialogues to inform people on how Islam is used for public law and policy that effects the multi ethnic and multi religious Malaysia and within the confines of the Federal Constitution, the supreme law of the nation.

We work in a consultative committee of experts to advise the government and facilitate amendments to the state Syariah laws, to align to the Federal Constitution and the spirit of Rukun Negara.

It is imperative to achieve a politically stable, economically progressive Malaysia and to be able to enjoy the harmony, tolerance, understanding and cooperation in this multi diverse country.

Cadangan Penubuhan Jawatankuasa Pilihan Parlimen


  1. Kami di G25 seringkali menekankan betapa pentingnya pemerintahan yang baik serta mengekalkan imej Malaysia sebagai sebuah negara yang ditadbir dengan baik. Kebelakangan ini, kontroversi seperti 1MDB, mendorong kami mengambil langkah untuk memberi peringatan kepada pihak berkuasa akan perlunya mempertahankan dan menghormati kebebasan institusi-institusi awam dalam menjalankan fungsi mereka di bawah Perlembagaan Persekutuan dan perundangan yang berkaitan.

  1. G25 mengesyorkan agar Parlimen memainkan peranan yang lebih menonjol dalam menjalankan fungsinya di dalam sistem Kerajaan kita (Parlimen membuat undang-undang, Kuasa Eksekutif melaksanakan perundangan dan Kehakiman mentafsir serta menguatkuasakan undang-undang). Ini sejajar dengan doktrin pengasingan kuasa untuk memerintah negara pada peringkat Persekutuan. Keadaan sekarang mendesak agar perlaksanaan langkah-langkah pengawasan dan imbangan untuk melindungi kepentingan awam daripada penyalahgunaan kuasa. Sehubungan ini, kami ingin mencadangkanParlimen menjalankan fungsi pengawasannya secara tetap melalui penubuhan Jawatankuasa-jawatankuasa Pilihan Parlimen.

  1. Pada masa ini, peranan pengawasan Parlimen berbentuk soalan-soalan yang dikemukakan sewaktu masa soalan, dan perbincangan isu-isu, serta pemantauan urusan-urusan kewangan melalui Jawatankuasa Perakaunan Awam Parlimen (PAC). Kualiti perbincangan-perbincangan bergantung kepada sejauh mana penjawat awam sanggup dan rela menjawab soalan yang dibangkitkan ahli-ahli Parlimen dan PAC. Tambahan lagi, skop PAC secara amnya, hanya terhad kepada laporan-laporan mengenai pengurusan kewangan. Kami sentiasa perhatikan dengan perasaan kecewa dari laporan-laporan itu bahawa para Menteri yang berkemungkinan telah menyalahgunakan kuasa mereka di dalam proses membuat keputusan tidak langsung dipanggil untuk memberi keterangan mengenai skandal-skandal yang mereka terlibat atau bertanggungjawab mengenainya.

  1. Kami dengan segala hormatnya mencadangkan agar ahli-ahli Parlimen, selaku wakil rakyat, memikul tugas dengan lebih efektif sebagai ‘watchdog’ atau satu badan pengawasan yang berupaya memastikan kementerian-kementerian, serta jabatan-jabatan Kerajaan dipertanggungjawabkan dalam menguruskan kewangan dan perbelanjaan belanjawan yang diperuntukkan. Contohnya, seorang menteri yang berbelanja dengan menggunakan keseluruhan belanjawan perjalanan dalam tempoh beberapa bulan yang diperuntukkan setahun, atau yang membawa rombongan ramai untuk menghadiri persidangan antarabangsa, tanpa terlebih dahulu mendapat kelulusan Perbendaharaan, harus dipertanggungjawabkan ke atas perbuatannya itu. Dalam sistem demokrasi negara kita, pihak berkuasa tertinggi yang mampu menyoal amalan perbelanjaan sebegitu ialah Parlimen. Di United Kingdom, pihak diRaja pun sedar bahawa dalam soal perbelanjaan wang awam, ianya tertakluk kepada kawalan dan pemeriksaan Parlimen. Parlimen sebagai badan perundangan tertinggi dalam hierarki Kerajaan, berkewajipan menjadikan semua ahli yang dipilih bertanggungjawab untuk memainkan peranan sebaiknya selaku penjaga hak-hak dan kepentingan rakyat. Dalam sesebuah demokrasi berparlimen, semua rakyat memberi kepercayaan kepada pemimpin-pemimpin politik mereka. Sebagai balasan, para pemimpin politik mestilah menghormati kepercayaan ini, dengan memastikan yang mereka bertanggungjawab menjalankan tugas secara tekun dan terbuka di seluruh peringkat Kerajaan.

  1. Di United Kingdom, juga di negara-negara demokrasi lain, kebiasaannya, jawatankuasa pilihan dilantik secara tetap dan khusus dalam bidang tanggungjawab mereka seperti, kewangan dan pengurusan ekonomi, perundangan dan keamanan, pertahanan dan keselamatan, dan perkhidmatan-perkhidmatan kemasyarakatan seperti pelajaran, kesihatan dan pengangkutan. Di Malaysia, selain portfolio-portfolio sektor tersebut, keperluan untuk jawatankuasa pilihan menangani hal-hal sensitif seperti perkauman dan perundingan isu-isu keagamaan juga wajar diwujudkan. Jawatankuasa pilihan amat berguna terutamanya apabila ahli Parlimen ingin menyiasat sesuatu perkara dan tidak sekadar membahaskannya sahaja. Dalam garis panduan ringkas mengenai peranan dan tugas jawatankuasa pilihan yang dikeluarkan oleh House of Commons, United Kingdom, sebuah jawatankuasa pilihan ialah suatu kumpulan ahli Parlimen dari pelbagai parti atau ahli House of Lords yang diberi tugas untuk membuat siasatan dan melaporkan kembali kepada Parlimen atau House yang mewujudkannya. Jawatankuasa pilihan mengumpul bukti daripada menteri-menteri dan pegawai-pegawai, orang awam dan organisasi-organisasi di luar Parlimen. Kerajaan mesti mengambil tindakan berdasarkan laporan penemuan yang diterbitkan itu.

  1. Di Amerika Syarikat, jawatankuasa Kongres adalah badan-badan yang berkuasa untuk memantau secara teliti pentadbiran negara melalui White House, dari peringkat permulaan program perundangan Presiden, sehingga ke pelaksanaan perbelanjaan belanjawan yang telah diluluskan Kongres. Perbicaraan awam mengenai perkara yang dianggap penting oleh masyarakat umum sering diadakan. Seperti di tahun 2007 dan 2008 semasa krisis kewangan Wall Street, isu-isu itu disiasat dan tindakan pembetulan disyorkan. Beberapa pegawai kanan bank didakwa di mahkamah hasil dari siasatan Kongres.

  1. Setelah menjakau 58 tahun pasca kemerdekaan, sudah tiba masanya untuk pendekatan penyertaan Parlimen dalam mengawasi dan memantau kementerian-kementerian dan jabatan-jabatan melalui Jawatankuasa Pilihan Parlimen. Contohnya, kewujudan Jawatankuasa Pilihan Penyelaras Hutang Luar Negara pasti mampu mengelakkan krisis 1MDB kerana persoalan mengenai hutang matawang asing akan memastikan pengurusan kewangan yang lebih cermat dan berhemat. Contoh lain yang berkepentingan awam, yang memerlukan siasatan Parlimen ialah kejadian bencana alam di kawasan pantai di Kuantan, pengurusan kewangan pelabuhan, dan lain-lain. Selanjutnya, Parlimen harus menyediakan proses perundingan pentadbiran agama untuk memastikan yang pihak-pihak berkuasa agama berurus dalam lingkungan bidang kuasa seperti yang ditetapkan dalam Perlembagaan Persekutuan, dan fatwa-fatwa serta Enakmen-Enakmen Syariah Negeri, mempertimbangkan hak-hak asasi warga negara dan kehidupan masyarakat Malaysia yang majmuk.

  1. Sudahpun wujud mekanisma perundangan untuk Parlimen melantik Jawatankuasa Pilihan Khas di bawah Aturan 81 dari Perintah-perintah Tetap yang memberi kuasa kepada Dewan Rakyat untuk menubuhkan jawatankuasa tersebut. Penubuhannya adalah untuk menyiasat dan mempertimbangkan perkara-perkara seperti yang ditentukan oleh Dewan. Keanggotaan Jawatankuasa Pilihan Khas akan dilantik oleh Jawatankuasa Pemilihan, tetapi setiap Jawatankuasa Pilihan Khas berkuasa untuk melantik Pengerusinya sendiri. Jawatankuasa Pilihan Khas itu berkuasa untuk mewajibkan sesiapapun untuk hadir di hadapannya serta menghasilkan segala dokumentasi yang dituntutinya.

  1. Di United Kingdom, Jawatankuasa Pilihan Khas lazimnya mengumumkan terlebih dahulu hajat untuk menjalankan siasatan ke atas sesuatu perkara dengan menerbitkan bidang-bidang rujukan. Orang ramai dan badan berkepentingan dijemput untuk mengemukakan laporan bertulis dan bukti tertentu bagi membantu siasatan. Jawatankuasa ini diberi kuasa di sisi undang-undang untuk memanggil kumpulan-kumpulan atau individu-individu termasuk menteri-menteri dan penjawat-penjawat awam untuk hadir di hadapannya bagi disoal selidik agar keterangan dapat dikumpulkan.

  1. Tambahan, Jawatankuasa Pilihan Parlimen seharusnya diberi kuasa untuk melantik kakitangan profesional dan berkaliber tinggi sepenuh masa yang berkebolehan menyediakan laporan terbaik serta soalan mendalam semasa jawatankuasa itu menyiasat menteri-menteri, penjawat-penjawat awam dan orang lain yang berkaitan. Jawatankuasa tersebut boleh melantik firma guaman dan perakaunan atau profesor kanan untuk membantu menyediakan laporan khas yang diperlukan. Sepertimana amalan di Amerika Syarikat dan United Kingdom, jawatankuasa ini perlu menghasilkan laporan-laporan untuk dibentangkan di dalam persidangan Dewan-dewan di Parlimen untuk perbahasan dan selanjutnya laporan-laporan itu dibukakan kepada umum.

  1. Sistem Jawatankuasa Pilihan Parlimen semestinya melibatkan kos operasi tambahan. Ia diperlukan untuk membantu menjimatkan berbillion ringgit yang mungkin lenyap disebabkan pengurusan yang lemah di kementerian-kementerian dan jabatan-jabatan kerana sikap tidak beretika menteri-menteri dan penjawat-penjawat awam terbabit. Kewujudan jawatankuasa yang diberi kuasa untuk menyoal mana-mana menteri atau pegawai Kerajaan pada bila-bila masa membolehkan Parlimen untuk memastikan mereka ini lebih bertanggungjawab dan dipertanggungjawabkan dalam urusan rasmi atau peribadi kehidupan mereka. Rakyat berpeluang mendapat keterangan dari saksi dan para profesional bebas berdasarkan fakta-fakta, berkenaan isu umum masyarakat. Rakyat tidak perlu bergantung kepada laporan media sosial yang berkemungkinan salah, tidak tepat atau tidak berlaku adil terhadap Kerajaan. Sistem jawatankuasa pilihan adalah cara yang terbaik untuk Kerajaan membuktikan ketelusan dan ia bertanggungjawab untuk memelihara nama baiknya. Dengan itu, lebih bermanfaat bagi Kerajaan menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Parlimen bagi mentadbir negara ini dengan lebih efektif.

Follow Us
  • Facebook - Black Circle
  • Twitter - Black Circle
Recent Posts
Search By Tags
This site was designed with the
.com
website builder. Create your website today.
Start Now