What we stand for

G25 is committed to pursue a just, democratic, peaceful, tolerant, harmonious, moderate and progressive multi-racial, multi cultural, multi religious Malaysia through Islamic principles of Wassatiyah (moderation) and Maqasid Syariah (well-being of the people) that affirms justice, compassion, mercy, equity.

Malaysia is to be led by rule of law, good governance, respect for human rights and upholding the institution of the country.

We aim to ensure, raise awareness, promote that Syariah laws and civil laws should work in harmony and that the Syariah laws are used within its legal jurisdiction and limits as provided for by the federal and state division of powers.

There should be rational dialogues to inform people on how Islam is used for public law and policy that effects the multi ethnic and multi religious Malaysia and within the confines of the Federal Constitution, the supreme law of the nation.

We work in a consultative committee of experts to advise the government and facilitate amendments to the state Syariah laws, to align to the Federal Constitution and the spirit of Rukun Negara.

It is imperative to achieve a politically stable, economically progressive Malaysia and to be able to enjoy the harmony, tolerance, understanding and cooperation in this multi diverse country.

Undang-undang Syariah wajar mencapai piawaian tertinggi dalam hal keadilan

Tuesday, December 15, 2015

 

Kami ingin menzahirkan kebimbangan ke atas kenyataan-kenyataan yang mengecam dan berbentuk ugutan kepada salah seorang ahli G25, Dato’ Noor Farida Ariffin, berikutan kenyataan mengenai undang-undang khalwat yang dikeluarkan pada sidang media selepas forum G25 “Islam di dalam Perlembagaan Demokrasi” pada 6 Disember 2015 lalu. Pihak yang berminat dengan usaha G25 seharusnya menumpukan perhatian kepada niat murni G25 untuk memperbaiki keadaan di Malaysia yang kini penuh dengan cabaran.

 

Tujuan sidang media tersebut adalah untuk menerangkan dengan lebih lanjut mengenai Kenyataan Penegasan G25 dan cadangan untuk menubuhkan sebuah jawatankuasa pakar perunding bermatlamat untuk menyelaraskan undang-undang Syariah dengan Perlembagaan Persekutuan.

 

Kami ingin menekankan yang kenyataan mengenai undang-undang khalwat merupakan hanya satu gambaran bagi pendirian kami terhadap isu ‘moral policing’. Isu ini juga telah dikemukakan di dalam surat terbuka kami pada YAB Perdana Menteri pada 7 Disember 2014.

 

Di dalam surat tersebut, kami menyatakan kegusaran kami berkenaan pihak berkuasa agama yang bertindak di luar bidang kuasa mereka yang telah ditetapkan oleh Jadual ke-9 Perlembagaan Persekutuan, di mana fatwa-fatwa yang dikeluarkan melanggar Perlembagaan Persekutuan dan proses demokratik syura, dan di mana individu-individu yang menyuarakan pendapat yang berlainan mengenai soal-soal agama dicemuh sebagai anti-Islam, anti-Raja- Raja Melayu dan anti-Melayu. Yang lebih menggugat, rakyat berasa tertindas dengan Akta Hasutan yang digunakan untuk mendiamkan orang yang berlainan pendapat.

 

Perkembangan sebegini menghakiskan komitmen Malaysia yang berpegang kepada prinsip-prinsip demokrasi dan kedaulatan undang-undang. Ia membawa kepada ketaksuban dan menggalakkan sikap tidak bertoleransi, justeru boleh menjejaskan keamanan dan kestabilan negara.

 

G25 berusaha untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang moderat, harmoni, demokratik dan progresif di samping memartabatkan Islam sebagai agama yang inklusif dan bertolak-ansur antara masyarakat majmuk. Setiap langkah yang diambil adalah untuk memelihara keharmonian dan semangat muhibbah yang dikecapi pada masa kini dan masa yang akan datang.

 

Kami merupakan kumpulan rintis yang julung kali bertindak agar pihak berkuasa menegakkan prinsip–prinsip keadilan dan kedaulatan undang-undang demi untuk menambahbaikkan pentadbiran institusi-institusi awam negara bagi membanteras rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

 

Forum awam yang disebutkan di atas, adalah untuk menggalakkan perbahasan secara rasional dan bernas mengenai cara-cara Islam digunakan sebagai sumber undang-undang awam dan dasar Kerajaan di Malaysia, sambil membincang isu-isu konflik di antara undang-undang Syariah dan Sivil serta impak di atas bidang kuasa di antara Kerajaan Persekutuan dan negeri di dalam sistem perundangan Malaysia. Matlamat forum ini juga adalah untuk meningkatkan kesedaran mengenai skop bidang kuasa badan-badan agama dan pentadbiran Islam di Malaysia.

 

Cadangan G25 untuk membentuk sebuah jawatankuasa pakar perunding untuk menyelaraskan undang-undang Syariah dengan Perlembagaan Persekutuan disokong para peserta forum. Forum tersebut juga telah mengumumkan Kenyataan Penegasan seperti yang disebut, di mana G25 menegaskan komitmen untuk memartabatkan Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang tertinggi negara, mendaulatkan prinsip-prinsip Rukun Negara yang menggalakkan sikap saling menghormati pelbagai budaya dan tradisi agama di Malaysia.

 

Kenyataan tersebut juga menegaskan komitmen kami untuk mempertingkatkan Malaysia sebagai negara demokratik, aman, bertoleransi, moderat, berkedaulatan undang-undang yang mentadbir dengan saksama dan menghormati hak asasi manusia sambil menegakkan institusi-institusi awam negara.

 

Kenyataan ini juga menegaskan komitmen kami untuk menggalakkan prinsip-prinsip keadilan, belas kasihan, keampunan, kerahmatan, ekuiti dan keharmonian dalam Islam dalam usaha merealisasikan prinsip-prinsip Maqasid Al Syariah dan Wasatiyyah berlandaskan Al Quran.

Kami sekali lagi ingin menekankan pentingnya perundingan dan perbahasan secara rasional dan ilmiah tentang pentadbiran undang-undang Islam di Malaysia. Ia bukanlah bermaksud untuk menghina Islam atau pihak berkuasa agama di negara ini, tetapi sebagai medium untuk memastikan penguatkuasaan undang-undang untuk Muslimin di negara ini tidak menjemput cemuhan rakyat jelata.

 

Amatlah penting dan diutamakan bagi kami untuk memelihara imej serta nama baik agama Islam. G25, sebagai Muslimin berpegang bahawa undang-undang Islam perlu mencapai piawaian tertinggi dalam hal keadilan kerana ia berdasarkan hukum Allah swt. Lantaran itu, mana-mana pihak yang bertindak di atas nama Islam menerusi pentadbiran undang-undang Islam perlu memikul tanggungjawab, bukan sahaja untuk memastikan perlaksanaan keadilan, tetapi mesti memperlihatkan bahawa keadilan telah benar-benar ditegakkan.

 

Akhir sekali G25 ingin menegaskan komitmen kami untuk memperkasakan peranan dan kedudukan Raja-Raja Melayu ke atas hal ehwal agama Islam dan adat-adat Melayu seperti diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan-perlembagaan Negeri masing masing.

Untuk maklumat lanjut mengenai G25, sila rujuk kepada buku kami bertajuk Breaking the Silence; Voices of Moderation : Islam in a Constitutional Democracyyang boleh diperolehi di kedai buku di sekitar Kuala Lumpur.

 

Sila juga layari laman sesawang kami di G25Malaysia .org

G25 Kumpulan Muslim Moderat

 

Link 

http://www.themalaysianinsider.com/rencana/article/undang-undang-syariah-wajar-mencapai-piawaian-tertinggi-dalam-hal-keadilan

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/undang-undang-syariah-wajar-capai-piawaian-tertinggi-dalam-hal-keadilan-g25-85074

https://m.malaysiakini.com/news/323345

 

 

Please reload

Follow Us
  • Facebook - Black Circle
  • Twitter - Black Circle
Recent Posts

Monday, October 14, 2019

Please reload

Search By Tags
This site was designed with the
.com
website builder. Create your website today.
Start Now