What we stand for

G25 is committed to pursue a just, democratic, peaceful, tolerant, harmonious, moderate and progressive multi-racial, multi cultural, multi religious Malaysia through Islamic principles of Wassatiyah (moderation) and Maqasid Syariah (well-being of the people) that affirms justice, compassion, mercy, equity.

Malaysia is to be led by rule of law, good governance, respect for human rights and upholding the institution of the country.

We aim to ensure, raise awareness, promote that Syariah laws and civil laws should work in harmony and that the Syariah laws are used within its legal jurisdiction and limits as provided for by the federal and state division of powers.

There should be rational dialogues to inform people on how Islam is used for public law and policy that effects the multi ethnic and multi religious Malaysia and within the confines of the Federal Constitution, the supreme law of the nation.

We work in a consultative committee of experts to advise the government and facilitate amendments to the state Syariah laws, to align to the Federal Constitution and the spirit of Rukun Negara.

It is imperative to achieve a politically stable, economically progressive Malaysia and to be able to enjoy the harmony, tolerance, understanding and cooperation in this multi diverse country.

Pertikaian projek perintis penempatan pegawai polis di JAIS

Monday, May 2, 2016

 

 

Merujuk kenyataan Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Othman Mustapha, dua pegawai polis dan seorang sarjan dari PDRM akan ditempatkan di JAIS bagi membantu mengendalikan kes syariah. Projek ini adalah projek perintis yang akan diperluaskan ke jabatan agama negeri lain, pada masa yang akan datang.  Pegawai polis ini akan membantu JAIS memberi khidmat nasihat serta berkongsi kepakaran untuk melaksanakan operasi penguatkuasaan. Selain itu, JAIS boleh menggunakan jaringan untuk mendapatkan bantuan lebih anggota polis jika perlu.

 

Kumpulan G25 dan kumpulan NGO Islam yang sekata sering menyarankan kebimbangan kami mengenai tuntutan yang menjenayahkan dosa peribadi dan pengawasan moral. Kami juga ingin menekankan yang sumber terhad PDRM harus dialirkan untuk membanteras aktiviti jenayah, yang sebenarnya yang berlaku di jalanan serta kawasan perumahan, yang melibatkan keselamatan awam. Survei baru-baru ini menyenaraikan Malaysia sebagai salah satu negara terbahaya di Asia, bersabit kadar jenayah yang tinggi.

 

Penduduk awam mengharapkan agar PDRM menggunakan sumber yang sedia ada untuk melaksanakan fungsi utamanya. Di bawah Akta Polis 1967, ia termasuk memelihara undang-undang dan ketenteraman, mengekalkan keamanan dan keselamatan Malaysia, mencegah dan mengesan jenayah, menangkap dan mengesan  dan mendakwa pesalah dan mengumpul risikan  keselamatan.

 

Pengawasan moral tidak terkandung di dalam senarai tugas PDRM di bawah Akta Polis. Persoalannya ialah adakah PDRM berkuasa untuk menguatkuasakan kesalahan syariah di bawah Akta Polis?

 

Ada beberapa laporan yang merujuk kepada kematian dan kecederaan yang bersabit dengan jenayah jalanan. Statistik jenayah rompak yang tinggi membebankan lagi mereka yang terpaksa berbelanja lebih yang kini perbelanjaan mereka sudahpun tinggi untuk mengawasi kawasan perumahan dengan kos mengupah syarikat pengawal keselamatan.

 

Mengekalkan keamanan dan keselamatan awam jauh lebih penting daripada mencari keaiban seseorang yang kesalahannya bukan berbentuk jenayah, tetapi dosa peribadi di antaranya dan Allah. Pengawasan moral tidak akan menambahbaikkan kualiti hidup rakyat Malaysia yang menetap di bandar. Mencegah dan mengesan jenayah itu sudah tentu jauh lebih dihargai rakyat.

 

Memelihara keselamatan penting untuk mengekalkan kesuburan perniagaan dan pelaburan. Amat kritikal yang PDRM menumpukan sumber-sumber yang sedia ada untuk mencegah jenayah dan menambahbaikkan keselamatan awam. Mengenepikan pengawasan moral tidak akan memberi impak kepada keselamatan awam. Adakah wajar yang Jabatan-jabatan agama negeri membebankan sumber terhad PDRM?

 

Situasi kini yang berpunca dari kadar harga minyak yang menurun mengakibatkan kadar pertumbuhan ekonomi tersentap. Ia mendesak agar sumber-sumber sedia ada diagihkan untuk perbelanjaan yang penting dan perlu. Sumber-sumber yang berlebihan tidak begitu wajar untuk diagihkan kepada pengawasan moral memandangkan keadaan itu bukan keutamaan. Kerajaan Arab Saudi juga kini sedang mempertikaikan pengawasan moral. Malaysia juga wajar berbuat sedemikian.

 

PDRM harus mempertahankan reputasi profesionalnya sebagai penguatkuasa undang-undang.  G25 khuatir yang penglibatannya di dalam pengawasan moral akan menggelapkan sistem perundangan di Malaysia, terutama sekali jika terjadinya perbuatan PDRM didapati melampaui batas dan polis menahan orang awam yang tidak bersalah untuk kesalahan yang dilakukan dengan nama Allah.

 

Perlakuan polis sebegini yang mengambil tindakan kerana perhubungan peribadi yang dikategorikan sebagai jenayah akan menakutkan pelancung asing seterusnya melumpuhkan satu daripada industri negara yang  terbesar yang kadar pertumbuhannya yang baik.

 

Satu lagi kebimbangan penggunaan kuasa polis untuk kesalahan Islam, implikasi dan persepsi yang boleh disimpulkan ialah ia adalah satu cara untuk menekankan kelampauan ke-Islaman di negara. Ini bukan saja menjauhkan lagi pelabur dan pelancong asing, malah ia mencemaskan rakyat Malaysia juga.  Yang paling dikhuatiri ialah kuasa polis diambil alih institusi Islam, mengakibatkan Malaysia tidak lagi sekular dan terperangkap dengan  kelampauan yang bertopengkan Islam.

 

Malaysia Kini

Astro Awani

Projek Dialog The Malay Mail

 

 

Please reload

Follow Us
  • Facebook - Black Circle
  • Twitter - Black Circle
Recent Posts

Thursday, March 26, 2020

Friday, March 13, 2020

Friday, March 13, 2020

Please reload

Search By Tags
This site was designed with the
.com
website builder. Create your website today.
Start Now