What we stand for

G25 is committed to pursue a just, democratic, peaceful, tolerant, harmonious, moderate and progressive multi-racial, multi cultural, multi religious Malaysia through Islamic principles of Wassatiyah (moderation) and Maqasid Syariah (well-being of the people) that affirms justice, compassion, mercy, equity.

Malaysia is to be led by rule of law, good governance, respect for human rights and upholding the institution of the country.

We aim to ensure, raise awareness, promote that Syariah laws and civil laws should work in harmony and that the Syariah laws are used within its legal jurisdiction and limits as provided for by the federal and state division of powers.

There should be rational dialogues to inform people on how Islam is used for public law and policy that effects the multi ethnic and multi religious Malaysia and within the confines of the Federal Constitution, the supreme law of the nation.

We work in a consultative committee of experts to advise the government and facilitate amendments to the state Syariah laws, to align to the Federal Constitution and the spirit of Rukun Negara.

It is imperative to achieve a politically stable, economically progressive Malaysia and to be able to enjoy the harmony, tolerance, understanding and cooperation in this multi diverse country.

Kes Ezra Zaid: Keputusan Mahkamah Persekutuan abaikan Perlembagaan Persekutuan


Kami, Kumpulan 25 (G25), amat dukacita dengan keputusan Mahkamah Persekutuan baru-baru ini yang mengisytiharkan seksyen 16 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Selangor) 1995 sebagai undang-undang yang sah. Kami tidak berniat untuk menyangkal keputusan Mahkamah Persekutuan tetapi kami sungguh yakin bahawa seksyen 16 Enakmen tersebut adalah bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan, iaitu, ia bertujuan menyekat hak kebebasan bersuara rakyat oleh suatu undang-undang Negeri. Di bawah Perkara 10 (2) Perlembagaan Persekutuan, hanya Parlimen sahaja yang berkuasa untuk menyekat hak kebebasan bersuara. Dewan Undangan Negeri tidak mempunyai kuasa tersebut. Prinsip perlembagaan ini telah dipertahankan oleh Mahkamah Agung dalam kes Nordin Salleh, dan oleh Mahkamah Rayuan dalam kes Muhamad Juzaili.

Seterusnya, Butiran 21 dalam Senarai I Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa ‘Akhbar; penerbitan; penerbit; percetakan dan mesin-mesin cetak’ adalah perkara-perkara persekutuan yang terkandung di bawah Senarai Persekutuan; ini bermakna bahawa bagi perkara-perkara tersebut hanya Parlimen sahaja (dan bukannya Dewan Undangan Negeri) yang boleh menggubal undang-undang. Malah sesungguhnya, kita sudah pun mempunyai satu undang-undang Persekutuan, iaitu, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984. Dengan hormatnya pada Mahkamah Persekutuan, kami berpendapat bahawa Kerajaan Negeri Selangor tidak mempunyai kuasa untuk menggubal undang-undang mengenai kesalahan-kesalahan berkaitan penerbitan, percetakan dan mesin cetak, memandangkan yang sudah

terwujudnya satu undang-undang Persekutuan mengenai perkara-perkara tersebut.

Dengan rendah diri kami menyatakan bahawa pergantungan Mahkamah Persekutuan ke atas Perkara-perkara 3, 11, 74 dan 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan untuk menjustifikasi keputusannya, adalah berasaskan pentafsiran Perkara-perkara tersebut yang terlalu menyimpang dan khilaf. Perkara 3 hanya mengisytiharkan bahawa Islam adalah agama bagi Persekutuan (dan bahawa agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman damai). Perkara 11 (1) hanya memperuntukkan bahawa setiap orang memiliki hak untuk memeluk dan mengamalkan agamanya dan (tertakluk kepada Fasal (4)) untuk mengembangkan agama itu. Perkara 74(2) memberi kuasa kepada Dewan-dewan Undangan Negeri untuk menggubal undang-undang mengenai perkara-perkara berkenaan dengan agama Islam, termasuk mewujudkan dan menghukum orang yang mengamal agama Islam yang melakukan kesalahan-kesalahan yang menyalahi ajaran-ajaran agama itu. Perkara121(1A) hanya memperuntukkan bahawa Mahkamah Sivil tiada kuasa untuk mengendalikan perkara-perkara yang termasuk di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah.

Dengan rendah diri kami menyatakan bahawa Mahkamah Persekutuan, nampaknya, telah terlepas pandang keputusan Mahkamah Agung dalam kes Che Omar Che Soh yang menyatakan bahawa perkataan ‘Islam’ dalam Perkara 3 harus diberi erti yang terhad. Mahkamah Persekutuan juga kelihatan gagal mempertimbangkan Fasal (4) Perkara 3 yang memperuntukkan bahawa tiada apa-apa jua dalam Perkara 3 yang mengurangkan mana-mana peruntukan lain dalam Perlembagaan. Adalah tafsiran kami ke atas Fasal (4) ini bahawa Perkara 3 mestilah dibaca tertakluk kepada peruntukan-peruntukan lain dalam Perlembagaan Persekutuan termasuklah peruntukan-peruntukan berkaitan dengan hak kebebasan asasi.

Dengan merujuk kepada Perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan, Mahkamah Persekutuan juga kelihatan tidak mempertimbangkan fakta, bahawa apa yang dicabar di mahkamah bukanlah kuasa kehakiman Mahkamah Syariah Selangor untuk membicarakan kes Encik Mohd Ezra tetapi suatu yang lebih asas: kuasa perundangan Dewan Undangan Negeri Selangor untuk meluluskan seksyen 16 tersebut memandangkan terdapatnya sekatan-sekatan yang ditetapkan oleh peruntukan-peruntukan Perlembagaan Persekutuan.

Kami berpegang pada pendapat bahawa Perkara 74(2) tidak memberi kuasa mutlak kepada Dewan Undangan Negeri untuk menggubal undang-undang mengenai perkara-perkara berkaitan dengan agama Islam. Pelaksanaan kuasa perundangan sedemikian mestilah, dengan mempertimbangkan Perkara 74(3) dan Perkara 4(1) Perlembagaan Persekutuan, selaras dengan peruntukan-peruntukan Perlembagaan termasuklah peruntukan-peruntukan mengenai hak kebebasan asasi.

Dengan hormatnya kepada Mahkamah Persekutuan, kami berasa amat kecewa dengan keputusannya. Mahkamah diharapkan untuk melaksanakan peranan mulianya sebagai pelindung Perlembagaan Persekutuan dan hak asasi rakyat. Kami tidak nampak ianya berlaku di dalam kes ini.

Kami amat memandang berat berkenaan keputusan pihak berkuasa agama Negeri Selangor untuk meneruskan dengan pendakwaan ke atas Encik Mohd Ezra di Mahkamah Syariah berikutan keputusan Mahkamah Persekutuan mengenai kesahan seksyen 16 Enakmen Syariah Negeri Selangor.

Encik Mohd Ezra hanyalah menterjemah dan menerbitkan versi Bahasa Malaysia buku bertajuk “Allah, Liberty and Love” hasil karya penulis beragama Islam dari Kanada bernama Irshad Manji.

Dengan rendah diri kami menyatakan kepada pihak berkuasa agama Negeri Selangor bahawa pendakwaan ini adalah membingungkan kerana jelas sekali buku tersebut bukanlah mengenai ajaran agama tetapi hanyalah sebuah buku mengenai apa yang sipenulis percaya merupakan intipati agama Islam: iaitu, cinta, kebebasan dan kemerdekaan.

Buku tersebut ditulis bertujuan menjadi bahan perbincangan intelektual mengenai Islam dan isu-isu sosial, dan tidak bermaksud untuk menghina agama Islam dalam apa cara sekali pun. Oleh itu, mengambil tindakan pendakwaan ke atas Encik Mohd Ezra bukan sahaja suatu perbuatan yang tidak masuk akal tetapi juga merupakan perbuatan yang menafikan hak asasi beliau untuk bersuara sepertimana terjamin di bawah Perlembagaan.

Tindakan mendakwa Encik Mohd Ezra atas alasan bahawa pandangan yang diberikan di dalam buku itu bertentangan dengan ajaran agama Islam merupakan suatu perbuatan tiada perasaan toleransi, penindasan, dan bertentangan dengan semangat dan ajaran Islam yang sebenar yang mengutamakan kesederhanaan dan membenci sikap yang melampau dan prejudis. Islam menggalakkan pembelajaran dan pengumpulan ilmu pengetahuan, perbincangan intelektual, dan menghormati perbezaan pendapat.

Kebebasan bersuara dan berucap adalah suatu nilai universal yang dipertahankan oleh Perlembagaan Persekutuan, Pengisytiharan Universal mengenai Hak Asasi Manusia, termaktub dalam Perlembagaan-Perlembagaan negara-negara bertamadun dan di dokong ajaran Islam. Hak asasi ini perlu dipelihara dan diperkukuhkan oleh mahkamah, dan oleh pihak-pihak berkuasa (di peringkat Persekutuan dan juga Negeri, termasuk pihak-berkuasa agama) dan dihormati oleh semua rakyat tanpa mengira kaum, fahaman agama atau pegangan.

Kami ingin mengingatkan pihak berkuasa agama Negeri Selangor berkenaan apa yang telah dinyatakan dalam Kenyataan Media Bersama pada 25 Februari 2002 yang disiarkan oleh The Malay Mail di bawah tajuk ‘Different Voices in Islam’ yang disokong oleh 25 NGO Malaysia dan 28 orang individu ternama. Kami ulangi apa yang telah disebutkan di dalam Kenyataan itu. Usaha untuk menggunakan undang-undang untuk menjadikan perbezaan pendapat dalam Islam sebagai suatu perbuatan jenayah adalah suatu usaha yang berbahaya bertujuan memonopolikan makna dan kandungan agama Islam, dengan akibatnya yang meluas terhadap semua aspek kehidupan awam di negara ini. Semua rakyat sama ada beragama Islam ataupun penganut agama lain mempunyai hak untuk menyertai perbincangan berkenaan isu-isu penting negara yang menyentuh kehidupan kita, tidak kira sama ada mengenai agama, ekonomi, politik, kebudayaan atau isu-isu kemasyarakatan.

Oleh itu, kami dengan rendah diri memohon pihak berkuasa agama Negeri Selangor menarik balik tuduhan terhadap Encik Mohd Ezra Mohd Zaid.

Follow Us
  • Facebook - Black Circle
  • Twitter - Black Circle
Recent Posts
Search By Tags
This site was designed with the
.com
website builder. Create your website today.
Start Now