What we stand for

G25 is committed to pursue a just, democratic, peaceful, tolerant, harmonious, moderate and progressive multi-racial, multi cultural, multi religious Malaysia through Islamic principles of Wassatiyah (moderation) and Maqasid Syariah (well-being of the people) that affirms justice, compassion, mercy, equity.

Malaysia is to be led by rule of law, good governance, respect for human rights and upholding the institution of the country.

We aim to ensure, raise awareness, promote that Syariah laws and civil laws should work in harmony and that the Syariah laws are used within its legal jurisdiction and limits as provided for by the federal and state division of powers.

There should be rational dialogues to inform people on how Islam is used for public law and policy that effects the multi ethnic and multi religious Malaysia and within the confines of the Federal Constitution, the supreme law of the nation.

We work in a consultative committee of experts to advise the government and facilitate amendments to the state Syariah laws, to align to the Federal Constitution and the spirit of Rukun Negara.

It is imperative to achieve a politically stable, economically progressive Malaysia and to be able to enjoy the harmony, tolerance, understanding and cooperation in this multi diverse country.

Bina umat Islam hebat melalui penguasaan ilmu

Tahukah anda lebih separuh nama bintang di angkasa adalah nama Islam/Arab.Tentu mereka cerdik dan berilmu sehingga boleh menguasai satu cabang ilmu penerokaan planet di angkasa lepas pada masa lalu.Yang tertera hanya sebahagian kecil daripada jumlah yang begitu banyak planet dijumpai manusia.

Untuk mengetahui nama planet sila Google dan tulis nama bintang yang terdapat dalam Bahasa Arab. Begitu juga kalau kita ingin membuat pencarian di Google mengenai ahli, tokoh serta pakar sains Islam pada zaman lampau, juga pakar dalam bidang lain seperti sosiologi, antropologi, perubatan, matematik, pelayaran dan disiplin lain, kita akan dapat melihat begitu banyak sekali tokoh dan nama pakar serta cerdik pandai Islam sehingga kita akan membuat kesimpulan orang Islam di masa lepas sangat ramai menguasai ilmu serta pakar dalam pelbagai cabang ilmu.

Sesungguhnya bangsa yang menguasai ilmu akan menjadi bangsa agung serta gagah lagi kuat dan akan menguasai alam persekitarannya, dihormati dan sentiasa berada di atas.

Semasa di zaman empayar Islam berkembang lebih 1,000 tahun lepas orang Islam dilihat sebagai pemimpin di dalam perbagai disiplin ilmu.

Yakni di dalam bidang sains, falsafah, kemasyarakatan dan lain-lain.

Pelbagai cabang ilmu ibadah juga begitu banyak terdapat serta dikuasai tokoh besar Islam. Misalnya Imam Al Ghazali, Al Farabi, Ibnu Haitham, Ibnu Batutah, Ibnu Rusyd, Tsabit bin Qurrah dan terlalu banyak lagi.

Mereka penyelidik, ahli sains, matematik, pelayar dan lain-lain.

Namun ia tidaklah tertakluk hanya kepada ilmu ibadah semata-mata. Orang Islam juga menjadi guru kepada dunia dalam bidang lain seperti ekonomi, psikologi, kekeluargaan dan pelayaran.

Barat pada masa itu berada di dalam zaman kegelapan di kala peradaban Islam berada di kemuncaknya.

Ia mengambil masa panjang bagi orang Barat mempelajari ilmu dikuasai mahaguru serta pendeta Islam.

Antara tokoh terkemuka Islam pada ketika itu ialah seperti Ibnu Sina, Ibnu Qaldum, Khaleed Yazeed, Jabar Hayeen Kimia, Al Khawariz Matematik dan ramai lagi.

Malangnya hari ini kita hampir tidak lagi jumpa pencipta Islam moden di dalam bidang baharu seperti bidang komunikasi 'Facebook', pelayaran angkasa lepas dan perubatan moden seperti pembedahan jantung di mana orang Islam dominasi pada satu ketika dulu.

Kini nama orang Barat lebih tersohor dan menguasai. Ini amat malang bagi kita umat Islam.

Apakah kita tidak lagi 'berminat' dalam hal untuk hidup? Apakah kita hanya tertumpu untuk hal hendak mati saja? Apakah kita biarkan soal hidup kepada orang lain dan kita cuma buat seperti “melepas batuk di tangga” saja kerana kita nak tumpu hal akhirat semata? Apakah kita sudah mati sebelum kita mati? Apakah ini ajaran Islam?

Mengapa Islam berkembang hebat di masa lalu? Mengapa ramai tokoh dan pakar Islam dalam hampir semua bidang didominasi oleh kita dulu? Di mana silapnya tradisi unggul ini diruntuhkan?

Mana Imam Ghazali moden kita? Mana pakar Islam sekarang? Mana pergi semuanya?

Peristiwa mengejutkan

Peristiwa menyebutkan ada anak Melayu meletupkan diri serta membunuh 30 orang di Iraq dan Syria amat mengejutkan kita semua. Kita rasa ini bukan cara betul menunjukkan betapa hebatnya kita. Ia boleh memberi signal salah kepada anak muda Melayu. Beginikah berakhirnya cita-cita pemimpin awal kita dulu yang berjuang memerdekakan negara.

Apa cita-cita Tunku Abdul Rahman dan Tun Razak dulu? Mengapa mereka bermatian memajukan kawasan luar bandar. Bina jalan, sekolah dan segala jenis infrastruktur. Mahu majukan?

Mana dia pemimpin sekarang yang bercita-cita besar hendak majukan anak muda?

Mampukan corak pendidikan kita hari ini mengeluarkan tokoh hebat seperti Ibnu Kaldum, Ibnu Sina, Imam Ghazali dan Ibnu Batutah?

Peristiwa berlaku baru-baru ini di mana anak muda kita sanggup bunuh diri untuk bunuh orang lain yang juga beragama Islam amat mengejut dan mengelirukan kita.

Umat Islam suatu masa dulu gagah perkasa dengan pelbagai tradisi ilmu dan kepakaran.

Umat Islam hari ini

Bagi umat Islam hari ini menguasai ilmu sama ada ilmu untuk dunia dan ilmu untuk akhirat sangat penting.

Malah menuntut ilmu itu wajib dan sangat dituntut oleh agama kita.

Oleh itu menjadi tuntutan besar kepada seluruh ibu bapa sama ada duduk di bandar atau di desa untuk memastikan anak mereka belajar dan menuntut ilmu sehingga ke peringkat paling tinggi.

Tokoh besar kita masa lampau menunjukkan orang Islam mampu menjadi guru kepada seluruh peradaban manusia. Sebutkan saja dalam bidang apa maka pasti mereka akan ada di sana.

Malah yang terutama sekali ilmu pengetahuan dalam Al-Quran.

Ilmu dalam Al-Quran

Ada terdapat di dalam hadis yang menyebutkan:"Orang yang terbaik di kalangan kamu ialah orang yang mempelajari Al-Quran dan mengajarnya kepada orang lain."

Di dalam Al-Quran itu terdapat segala rahsia dan ilmu untuk hidup.

Sesungguhnya seseorang itu perlu mengetahui ilmu dan pengetahuan untuk hidup (sebagai manual hidup) yang ada di dalam Al-Quran yang diturunkan Allah kepada kita seluruh umat manusia melalui malaikat Jibrail dan Baginda Nabi Muhammad.

Kita bukan saja dituntut membaca Al-Quran tetapi seluruh isi, ajaran dan ilmu di dalamnya wajib diketahui.

Segala selok-belok di dalam kehidupan manusia ada dinyatakan dalam Al-Quran. Bacalah....

Baginda Nabi Muhammad meninggalkan kepada kita 2 perkara yang sangat penting.

Selagi kita berpegang kepadanya kita tidak akan sesat.

Dua perkara tersebut ialah Al-Quran dan hadis yang kaya dengan segala jenis ilmu.

Maka saya ingin berpesan kepada semua kita supaya kita wajib mematuhi ajaran dan pesanan Nabi Muhammad.

Insya-Allah kita akan selamat dan di pelihara Allah selagi kita berpegang kepada Al-Quran dan hadis.

The Malaysian Insider

Detik Daily

Follow Us
  • Facebook - Black Circle
  • Twitter - Black Circle
Recent Posts
Search By Tags
This site was designed with the
.com
website builder. Create your website today.
Start Now