What we stand for

G25 is committed to pursue a just, democratic, peaceful, tolerant, harmonious, moderate and progressive multi-racial, multi cultural, multi religious Malaysia through Islamic principles of Wassatiyah (moderation) and Maqasid Syariah (well-being of the people) that affirms justice, compassion, mercy, equity.

Malaysia is to be led by rule of law, good governance, respect for human rights and upholding the institution of the country.

We aim to ensure, raise awareness, promote that Syariah laws and civil laws should work in harmony and that the Syariah laws are used within its legal jurisdiction and limits as provided for by the federal and state division of powers.

There should be rational dialogues to inform people on how Islam is used for public law and policy that effects the multi ethnic and multi religious Malaysia and within the confines of the Federal Constitution, the supreme law of the nation.

We work in a consultative committee of experts to advise the government and facilitate amendments to the state Syariah laws, to align to the Federal Constitution and the spirit of Rukun Negara.

It is imperative to achieve a politically stable, economically progressive Malaysia and to be able to enjoy the harmony, tolerance, understanding and cooperation in this multi diverse country.

Khalwat: G25 jangan tafsir agama ikut nafsu

KUALA LUMPUR - Kumpulan G25 diingat untuk tidak menjadi penyumbang kepada keganasan persepsi, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Beliau berkata, sekiranya kumpulan itu keliru dengan ajaran agama Islam yang sebenar pihaknya sedia berjumpa dengan kesemua ahli kumpulan terbabit.

"Masalahnya apabila kecelaruan memahami ajaran Islam dan terlalu taksub kepada liberalisme barat. Mereka cuba pecahkan antara ikatan kehidupan dan keagamaan. Kita tidak boleh tafsir agama ikut nafsu kita.

"Kalau tidak puas hati datang kepada kami, saya sedia bertemu dengan mereka bila-bila masa. Kita boleh jelaskan, mereka orang Islam kenapa perlu bercakap pada perkara yang tidak berlaku dalam masyarakat kita," katanya ketika ditemui di Majlis Graduasi dan Penyampaian Watikah, Felo Muda Dakwah (FMD) Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), hari ini.

[ARTIKEL BERKAITAN: Khalwat di rumah bukan jenayah?]

Kumpulan G25 semalam mengeluarkan kenyataan kontroversi apabila jurucakapnya, Datuk Noor Farida Ariffin berkata, enakmen kesalahan jenayah syariah perlu dikaji semula kerana menceroboh kehidupan peribadi rakyat.

Pihak berkenaan menentang tindakan menjadikan dosa peribadi, seperti berkhalwat, satu jenayah.

Menurut Asyraf sebagai golongan elit tidak sewajarnya kumpulan tersebut mengeluarkan kenyataan yang boleh mengelirukan masyarakat serta memalukan diri mereka sendiri.

Katanya, jangan terlalu taksub dengan fahaman liberalisme yang kononnya membawa prinsip hak asasi sehingga hilang nilai agama.

"Jangan menjadi (kumpulan) pelampau yang menyumbang kepada keganasan persepsi.
Kita hari ini berhadapan dengan keganasan persepsi, persepsi paling buruk kini ialah cuba mewarnakan agama dengan warna yang terlalu negatif berdasarkan andaian dan persepsi.

"Maqasid Syariah dalam Islam mengharuskan penjaga agama bertindak pada landasan yang wajar bagi menjaga kesucian agama," katanya.

Menurut beliau, apa yang dilakukan oleh penguatkausa agama adalah termaktub dalam Perlembagaan Perkara 3(1) dan Perkara 38(1) sumpah Raja Raja Melayu untuk memelihara agama.

"Apabila ada mempersendakan agama dengan melakukan maksiat dan ada aduan di dibuat, adakah penguatkuasa harus diam?

"Penguatkuasa bertindak atas prosuder yang ditetapkan, bukan mereka mengintip atau cuba mencari aib orang. G25 cuba mencorakkan persepsi tidak baik pada penguatkuasa agama. Kita kini dalam zaman keganasan persepsi wujudnya (kumpulan) pelampau," katanya.

 

Sinar Harian

 

 

 

Please reload

Follow Us
  • Facebook - Black Circle
  • Twitter - Black Circle
Recent Posts

Monday, October 14, 2019

Please reload

Search By Tags
This site was designed with the
.com
website builder. Create your website today.
Start Now