What we stand for

G25 is committed to pursue a just, democratic, peaceful, tolerant, harmonious, moderate and progressive multi-racial, multi cultural, multi religious Malaysia through Islamic principles of Wassatiyah (moderation) and Maqasid Syariah (well-being of the people) that affirms justice, compassion, mercy, equity.

Malaysia is to be led by rule of law, good governance, respect for human rights and upholding the institution of the country.

We aim to ensure, raise awareness, promote that Syariah laws and civil laws should work in harmony and that the Syariah laws are used within its legal jurisdiction and limits as provided for by the federal and state division of powers.

There should be rational dialogues to inform people on how Islam is used for public law and policy that effects the multi ethnic and multi religious Malaysia and within the confines of the Federal Constitution, the supreme law of the nation.

We work in a consultative committee of experts to advise the government and facilitate amendments to the state Syariah laws, to align to the Federal Constitution and the spirit of Rukun Negara.

It is imperative to achieve a politically stable, economically progressive Malaysia and to be able to enjoy the harmony, tolerance, understanding and cooperation in this multi diverse country.

Jakim selar pihak pertikai kewujudannya

KUALA LUMPUR 4 Dis. - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyelar pihak yang mempertikaikan kewujudan, sumbangan dan keperluannya sebagai sebuah institusi yang membangunkan memelihara kebajikan umat Islam di negara ini.

Ketua Pengarah Jakim, Datuk Othman Mustapha berkata, pihak­nya menyedari tentang kumpulan bekas penjawat awam yang ahlinya dikenali sebagai kumpulan G25 yang berhasrat mengaudit akaun Jakim.

Katanya, G25 perlu mengetahui bahawa kewujudan Jakim adalah berperanan membantu kerajaan dalam perkara berkaitan hal ehwal Islam.

“Selaku bekas pegawai tinggi kerajaan, sewajarnya G25 lebih memahami prosedur kewangan malahan setiap perbelanjaan Jakim berada di bawah pemantauan Kementerian Kewangan dan Bahagian Kewangan di Jabatan Perdana Menteri.

“Justeru, adalah tidak wajar mana-mana pihak untuk mempertikai peruntukan kerajaan yang diberikan kepada Jakim pada setiap tahun.

“Malahan kami bukanlah sebuah institusi picisan yang sekadar membawa peranan agama semata-mata tetapi mendekati golongan masyarakat di peringkat komuniti, menangani konflik kekeluargaan, golongan mak nyah, pengamal homoseksual dan lesbian,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Othman, pihaknya juga telah menerapkan budaya Islam terhadap semua lapisan masyarakat sehingga berjaya melahirkan golo­ngan yang beriman dan bertakwa.

Jelasnya, Jakim juga mempromosikan semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang ka­um di negara ini, selain menghasilkan penerbitan berkualiti untuk kegunaan setiap kelompok sasaran serta merangka undang-undang yang menjadi model bagi kegunaan pihak negeri dan Persekutuan.

“Malah tidak dinafikan kami juga telah sedaya upaya membantu menangani ancaman ekstremis sehingga berjaya membendung gejala negatif daripada mengancam ke­selamatan negara.

“Justeru, kami akan terus melakar kejayaan dan mencurah sumbangan kepada ummah dan negara bagi memacu kecemerlangan Islam berdasarkan prinsip wasatiyyah dan selari dengan konsep Maqasid Syariah demi mencapai kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat,” tegasnya.

Utusan Malaysia

Follow Us
  • Facebook - Black Circle
  • Twitter - Black Circle
Recent Posts
Search By Tags
This site was designed with the
.com
website builder. Create your website today.
Start Now