What we stand for

G25 is committed to pursue a just, democratic, peaceful, tolerant, harmonious, moderate and progressive multi-racial, multi cultural, multi religious Malaysia through Islamic principles of Wassatiyah (moderation) and Maqasid Syariah (well-being of the people) that affirms justice, compassion, mercy, equity.

Malaysia is to be led by rule of law, good governance, respect for human rights and upholding the institution of the country.

We aim to ensure, raise awareness, promote that Syariah laws and civil laws should work in harmony and that the Syariah laws are used within its legal jurisdiction and limits as provided for by the federal and state division of powers.

There should be rational dialogues to inform people on how Islam is used for public law and policy that effects the multi ethnic and multi religious Malaysia and within the confines of the Federal Constitution, the supreme law of the nation.

We work in a consultative committee of experts to advise the government and facilitate amendments to the state Syariah laws, to align to the Federal Constitution and the spirit of Rukun Negara.

It is imperative to achieve a politically stable, economically progressive Malaysia and to be able to enjoy the harmony, tolerance, understanding and cooperation in this multi diverse country.

Kenyataan Visi G25

Wednesday, February 11, 2015

G25, satu kumpulan bebas yang terdiri daripada profesional Muslim, mengambil berat tentang perkembangan mutakhir berhubung dengan pentadbiran undang-undang syariah di negara ini dan konflik bidang kuasa yang berlanjutan antara mahkamah sivil dan mahkamah syariah.

Perbalahan yang melibatkan orang Islam dan bukan Islam mengenai bidang kuasa mahkamah sivil dan mahkamah syariah dalam kes-kes seperti penukaran agama, hak penjagaan anak dan rampasan jenazah telah menampilkan semangat eksekutif pihak berkuasa syariah yang keterlaluan dan melampaui batasan yang ditetapkan oleh Perlembagaan, sekali gus menjejas pembahagian kuasa antara persekutuan dan negeri.

 

Melalui enakmen-enakmen agama negeri dan fatwa, semakin banyak pencabulan dilakukan terhadap hak asasi seorang Islam untuk menjaga privasi dan maruah kemanusian, dengan pihak berkuasa agama melaksanakan pengawalan moral dan mengganggu kehidupan peribadi rakyat. Perkara-perkara ini adalah bercanggah dengan kebebasan asasi yang dijamin oleh Perlembagaan. Di mana penguatkuasaan undang-undang syariah mencerobohi hak orang bukan Islam dan memberi kesan buruk kepada mereka, ianya melahirkan ketakutan dan kebimbangan yang  merumitkan lagi jurang antara agama dan etnik dan mengancam perpaduan nasional, keamanan dan kestabilan.

 

Perbalahan dan konflik yang berlaku ini telah menimbulkan kekeliruan dan persoalan tentang bidang kuasa perundangan dan batasan substantif undang-undang syariah serta kuasa pihak berkuasa agama yang mentadbirnya.

 

Selaras dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan yang merupakan undang-undang tertinggi di negara ini, semua Akta, Enakmen dan perundangan subsidiari termasuk fatwa adalah tertakluk kepada perlembagaan dan terbuka untuk semakan kehakiman. Bagi memastikan bahawa peruntukan undang-undang syariah memenuhi standard keadilan yang tertinggi dan pelaksanaannya oleh pihak berkuasa agama tidak melanggar kebebasan asasi yang dinyatakan dalam Perlembagaan, adalah perlu untuk membuka ruang bagi menggalakkan dialog dan perbincangan yang rasional, terbuka dan berpengetahuan.

 

Dalam usaha untuk mengesahkan kedudukan Islam dalam kerangka demokrasi berperlembagaan Malaysia, Perdana Menteri digesa untuk menubuhkan satu proses perundingan di mana pakar-pakar dalam pelbagai bidang termasuk undang-undang Islam dan undang-undang perlembagaan, akan bertemu untuk menangani pelbagai lingkungan konflik dan pertindihan yang wujud dalam sistem perundangan plural negara ini.

 

Bagi mencerminkan perkara-perkara yang dipentingkan ini, G25 akan mengamalkan Pernyataan Visi seperti berikut:

 

Bagi menyokong persekitaran untuk pengkanunan dan penerapan undang-undang syariah yang :

 

 

> mendukung prinsip keadilan, kesaksamaan, belas kasihan dan rahmat sebagaimana yang diperintah dalam Al-Quran, dan mematuhi Perlembagaan Persekutuan dan kebebasan asasi yang ditetapkan

 

> memastikan ianya dilaksanakan dengan adil dan bijaksana

 

> melindungi hak privasi dan maruah kemanusiaan seorang individu

 

> menggalakkan sikap saling menghormati dan memahami terhadap kepelbagaian budaya dan tradisi keagamaan di Malaysia sebagaimana yang termaktub dalam Rukun Negara

 

> memupuk pendekatan yang terbuka, rasional dan berpengetahuan bagi penyelesaian konflik untuk memperkukuhkan perpaduan nasional ke arah mencapai sasaran pembangunan sosio-ekonomi Malaysia​

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Please reload

Follow Us
  • Facebook - Black Circle
  • Twitter - Black Circle
Recent Posts

Monday, October 14, 2019

Please reload

Search By Tags
This site was designed with the
.com
website builder. Create your website today.
Start Now