Undang-undang lompat parti
G25 ingin mengucapkan tahniah kepada YAB Perdana Menteri serta ahli-ahli parlimen atas penerimaan majoriti undian (sebanyak 209 undian) untuk menyokong Undang-Undang Anti Lompat Parti beberapa hari yang lepas, iaitu, RUU Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 mengenai Peruntukan Larangan Ahli Parlimen Bertukar Parti. Menerusi undang-undang baru ini, mana-mana ahli parlimen yang keluar dari sesebuah parti politik dan kemudiannya memindah ataupun melompat ke parti yang lain